Isu Bakar Suar: FAM Sudah Denda JDT Sejak Mei

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebenarnya telah menjalankan tugas mereka sebagai badan induk bola sepak negara dengan mendenda Johor Darul Ta’zim (JDT) diatas kesalahan yang mereka lakukan.

Pendahulu Liga Super itu sebenarnya telah melakukan kesalahan membakar suar di dalam stadium sewaktu tiga perlawanan liga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, JDT sebenarnya sudah didenda kerana membakar suar pada tiga perlawanan berbeza dan Harimau Selatan didenda sebanyak RM120 ribu untuk kesemua ‘dosa’ yang dilakukan.

Ini bermakna, denda sebanyak RM40 ribu dikenakan untuk setiap perlawanan terhadap JDT.

FAM menegaskan yang mereka sebenarnya sudah lama mendenda JDT iaitu pada bulan Mei yang lalu. Namun begitu, tindakan itu tidak diberitahu kepada umum.

“Biarpun tidak diberitahu secara umum sebelum ini, surat hukuman denda bagi kesalahan-kesalahan tersebut sebenarnya sudah dihantar ke JDT pada 31 Mei 2023 untuk memaklumkan keputusan yang telah diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu pada 30 Mei 2023,” kata FAM.

Tiga kali JDT membakar suar di dalam Stadium Sultan Ibrahim itu adalah ketika mereka menentang Sabah dan Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Super dan PDRM sewaktu pertemuan Piala FA.

Setiap perlawanan JDT didenda RM30 ribu termasuk tambahan denda RM10 ribu kerana gagal mematuhi peraturan penganjuran perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN