Isteri Thomas Muller Luahkan Kekecewaan Di Instagram Selepas Suaminya Hanya Diletakkan Di Bangku Simpanan

Muller

Menjadi seorang pengurus pasukan apatah lagi kelab gergasi di dunia sememangnya bukan tugas mudah.

Terpaksa berhadapan dengan peminat setia, pemain bintang serta harapan yang terlalu tinggi diletakkan, seorang pengurus kadangkala terpaksa menjadi mangsa ketidakpuasan hati isteri atau teman wanita pemain.

Perkara itu terjadi kepada pengurus Bayern Munich, Niko Kovac selepas beliau hanya meletakkan pemain berpengalaman, Thomas Muller di bangku simpanan pada saingan Bundesliga bertemu SC Freiburg.

Menurut sumber Goal, Lisa Muller memuatnaik gambar di ‘Instagram Story’ beliau seperti foto di bawah:

Mungkin tersedar beliau akan menjadi perhatian selepas memuatnaik gambar tersebut, Lisa akhirnya memadamkan kembali gambar tersebut, namun wartawan ESPN FC, Stefan Buczko lebih pantas untuk melakukan ‘screenshot’ terhadap posting tersebut.

Jika melihat kepada terjemahan kata-kata dari Lisa itu, kelihatan beliau tidak berpuas hati dengan pengendali Bayern Munich, Niko Kovac yang hanya memberikan peluang buat suaminya beraksi pada minit ke-70.

Wartawan sempat bertanyakan kepada Thomas Muller mengenai apa yang telah dilakukan isterinya dan ini adalah jawapan dari Muller:

‘’Ianya berada di luar emosi, pada penglihatan saya ia tidaklah begitu ‘super’. Tetapi dia hanya mencintai saya, apa yang saya boleh lakukan?’’

Saat ketika Lisa Muller mengambil gambar suaminya dari tempat duduk VIP pada perlawanan ini. Foto: Bavarian Football Works

Dalam pada itu, Niko Kovac juga tidak mengambil serius dengan perkara tersebut.

‘’Tiada apa-apa yang perlu dijelaskan. Jelas sekali bukan Thomas (Muller) yang menulisnya.’’

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan terikat 1-1 apabila jaringan pembukaan Bayern Munich pada minit ke-80 oleh Serge Gnabry berjaya dipadamkan Lucas Holer di minit akhir permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN