Isteri Pemain Ipswich Town Yang Juga Bekas ‘Pink Ranger’ Bakal Bintangi Filem Aladdin

Mungkin ramai masih mengingati gandingan popular David Beckham dan Posh Victoria dari Spice Girls.

Tapi, setelah agak lama gabungan antara sukan dengan hiburan tidak muncul di media antarabangsa. Lebih-lebih lagi salah satu pasangan itu bermain dalam sukan bola sepak.

Kali ini, agaknya kita bakal menemui gandingan baru popular ini. Tetapi, kali ini si isteri yang lebih dikenali daripada suami. Berbeza dengan pasangan Beckham itu.

Jordan Spence

Penyokong West Ham pasti kenal serba sedikit pemain ini. Semasa tempoh kontrak bersama Hammers, beliau dipinjamkan ke beberapa kelab seperti Leyton Orient, Scunthorpe United.

Sheffield Wednesday juga pernah memanfaatkan khidmat bekas kapten pasukan belia England ini. Kemudiannya, MK Dons menawarkan pinjaman dan sekaligus menandatangani pemain pertahanan ini.

MK Dons melepaskannya pada 2016. Kini beliau bersama Ipswich Town.

Naomi Scott

Sumber: Comickbook.com

Namanya menjadi tiba tiba masyhur apabila beraksi baik di layar perak sebagai Pink Rangers. Ya, filem bikinan semula Power Rangers. Filem ini menjadi satu titik perubahan kepada pelakon yang berasal dari London itu.

Baru-baru ini, sekali lagi namanya menjadi tular apabila dipilih membawa watak Jasmine. Watak Jasmine merupakan salah satu watak filem remake Aladdin. Faktor pemilihannya kerana Naomi ada rupa wajah etnik Asia Selatan.

Ibunya berketurunan di sebuah wilayah di Asia Selatan. Bapanya pula merupakan rakyat tempatan. Harapnya pasangan ini berjaya dalam karier masing-masing.

Perkahwinan

Sumber: Just Jared Jr.

Pasangan ini sudah berumah tangga sejak 2014. Pada ketika itu, Jordan bermain untuk MK Dons. Mereka dipercayai sudah bercinta sejak bertahun lamanya.

Agaknya bolehla Naomi nak berlakon filem bola sepak untuk pengarah Malaysia selepas ini. Suamiku pemain bola sepak?

Sumber:

1. Comic Book (2017): Naomi Scott Loves Being the Pink Power Ranger; http://comicbook.com/2017/02/20/powerrangers-pink-movie-naomiscott/

2. Jordan Spence (2017): Soccerbase; http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player_id=49718

3. Just Jared Jr (2014): Lemonade Mouths, Naomi Scott Marries Soccer Player Jordan Spence; http://www.justjaredjr.com/2014/06/20/lemonade-mouths-naomi-scott-marries-soccer-player-jordan-spence/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN