Istana Negara Turut Gamat Dengan Siaran Langsung Perlawanan Malaysia V UAE

Bagi yang sudah sekian lama mengikuti perkembangan bola sepak di dalam negara, anda pasti tahu bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga adalah peminat No.1 sukan yang digemari oleh seluruh pelusuk rakyat Malaysia ini.

Malam tadi, bahang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 turut dirasai di Istana Negara apabila ianya turut disiarkan secara langsung  di Majlis Santapan Malam Terima Kasih bersama petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama 600 hadirin yang lain turut tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan yang disiarkan.

Suasana di dalam Dewan Santapan Utama turut gamat seketika setiap kali percubaan dari Harimau Malaya hampir membolosi pintu gawang pasukan lawan.

Dalam perlawanan malam tadi, Malaysia tewas 1-2 kepada UAE, walaupun mendahului melalui jaringan Syafiq Ahmad seawal minit pertama perlawanan.

Tetamu pada malam itu turut didendangkan dengan ‘hadiah istimewa’ daripada Tunku Azizah yang berkenan menyanyikan lagu ‘Kasih’ yang dipopularkan oleh penyanyi, Hetty Koes Endang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN