Issey Nakajima Farran Buat Penampilan Sulung Bersama Pacific FC

Mungkin ada dalam kalangan kita terlepas pandang bahawa Issey Nakajima Farran kini telah pulang ke Kanada. Beliau telah menandatangani kontrak bersama kelab Canadian Premier League, Pacific.

Debut

Sebenarnya pada minggu lalu, Canadian Premier League telah secara rasmi memulakan aksi. Pacific telah menentang HFX Wanderers untuk perlawanan sulung.

Pada perlawanan tersebut, Nakajima telah diletakkan di bangku simpanan. Kemudiannya, pada minit ke-56 Nakajima telah dibawa masuk bagi menggantikan Victor Blasco.

Hendrik Starostzik menjadi penjaring gol tunggal buat Pacific sewaktu minit ke-23. Pacific memulakan langkah sulung dalam CPL dengan kemenangan.

Lebih manis, mereka menang di laman sendiri dengan disaksikan lebih 4000 penonton.

Perlawanan itu turut menyaksikan kemenangan pertama dicatatkan dalam sejarah CPL. Sebenarnya, perlawanan pertama antara Forge menentang York 9 telah mencatatkan keputusan seri 1-1.

Format unik

CPL dianggotai oleh 7 kelab di mana mereka akan bermain 28 perlawanan semusim. Ini bererti mereka akan bertemu lawan yang sama sebanyak 4 kali.

Format CPL yang unik!

Tetapi, mereka mengasingkan kepada dua fasa iaitu Spring Season dan Fall Season. Uniknya, kejuaraan Spring akan diberikan kepada pasukan yang mengutip mata terbanyak pada 10 perlawanan terawal.

Manakala kejuaraan Fall Season akan diberikan pula kepada pasukan yang mengutip mata terbanyak bagi 18 perlawanan kemudian.

Juara kedua-dua Season pula akan berentap dalam CPL Championship, mirip seperti final MLS Cup. Tetapi, andainya satu pasukan sama yang memenangi kedua-dua season, pasukan tempat kedua yang mempunyai rekod terbaik akan diberikan peluang untuk bertarung dalam CPL Championship.

Nampak unik bukan? Apa pun semoga berjaya buat Issey Nakajima Farran kerana sanggup pulang ke Kanada demi menjayakan CPL!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN