Ismaheel Akinade Yakin Terengganu Raih Kemenangan Atasi Wakil Kemboja

Penyerang berbisa Ismaheel Akinade pastinya menjadi antara pemain tumpuan untuk saingan Shopee Cup yang akan bermula pada hari ini dengan membabitkan pasukan itu menentang wakil dari Kemboja, Svay Rieng FC.

Atas kertas, kelebihan pastinya terarah buat Terengganu yang akan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) serta bakal mendapat sorakan padu daripada penyokong tuan rumah.

Apatah lagi momentum semasa Terengganu juga dilaporkan berada dalam keadaan baik serta para pemain sudah tentu bermotivasi tinggi untuk menjulang nama kelab serta Malaysia di saingan peringkat antarabangsa.

Begitu juga dengan Akinade yang dilaporkan menyimpan hasrat untuk memburu jaringan sulung beliau di kejohanan tersebut di halaman sendiri nanti.

Ditandatangani pada musim ini bersama Sang Penyu, Akinade membawa tanggungjawab cukup besar selaku penyerang tunggal pasukan tersebut selepas Ivan Mamut mengalami kecederaan sejak awal.

Walaupun begitu, pemain kelahiran Nigeria ini dianggap kurang menyakinkan selaku mesin gol buat Terengganu apabila beliau tampil sedikit tumpul jika dibandingkan impak Mamut pada saingan lalu.

Setakat ini, Akinade secara rasminya telah meledak tiga gol bersama satu bantuan jaringan daripada 11 penampilan keseluruhan buat Sang Penyu di pentas domestik.

Hadir dengan semangat tinggi untuk meledak gol di saingan tersebut, Akinade walau bagaimanapun tetap mengakui ianya suatu tugss sukar selepas melihat reputasi dimiliki pasukan lawan.

“Saya tidak tahu sangat tentang kelab Kemboja itu, tapi saya ada buat rujukan dalam media sosial pasukan itu bagus lebih-lebih lagi kejayaan muncul juara liga negara mereka pada tahun lalu.

“Pasukan itu juga mengamalkan formasi 3-5-2 dan gemar menyimpan bola, situasi itu sudah pasti menyukarkan pasukan kami untuk menyaingi mereka.

“Tapi saya yakin dengan TFC akan peroleh tiga mata dalam aksi pertama itu atas beberapa faktor termasuk keserasian antara kami selain beraksi di tempat sendiri dengan ribuan peminat setia.

“Pada masa sama sebagai pemain bola, saya kena yakin untuk menang pada setiap perlawanan dan memberikan 100 peratus dalam perlawanan, manakala selebihnya adalah kehendak Ilahi,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Selain Akinade, pemain seperti Nurillo Tukhtasinov, Akhyar Rashid, serta Safawi Rasid antara menjadi tumpuan selaku tonggak serangan buat Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN