Ismaheel Akinade Rasmi Sertai Kelantan United Selepas Tinggalkan Kelantan TRW

Kelantan United secara rasminya menandatangani kontrak penyerang baharu mereka iaitu Ismaheel Akinade dalam misi untuk memperkukuhkan lagi jentera hadapan musim ini dalam saingan Liga Super 2023.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi media sosial rasmi Kelantan United dengan menyatakan pemain tersebut sebaik sahaja jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka.

“Kelantan United FC merekrut masuk bekas penyerang import TRW Kelantan FC dari Nigeria, Ismaheel Akinade  pada pintu perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka secara rasminya bermula 5 Julai 2023.

“Akinade yang kini telah mengumpul 4 gol sepanjang saingan Liga Super Malaysia musim ini telah menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama bersama The Red Warriors seterusnya menyertai skuad kendalian Ailton Dos Santos Silva.

“Kehadiran bekas penyerang beberapa kelab di Liga Ireland, Vietnam dan Bangladesh itu bagi memperkuatkan semula jentera serangan Sang Kijang Hijau yang dilihat bermasalah pada pusingan pertama menyebabkan mereka berada pada kelompok pasukan terbawah dalam saingan musim ini.

“Sementara itu, pihak pengurusan Kelantan United melontarkan harapan besar mereka agar Ismaheel Akinade dapat menyesuaikan diri dengan segera bersama barisan pemain sedia ada dan membantu kelab serta pasukan memberi cabaran kepada kelab-kelab yang lain.

“Pihak kelab turut melaungkan keyakinan pemain berusia 29 tahun ini dapat mengekalkan persembahan terbaiknya dan menjadi senjata baru pasukan berpangkalan di Kota Bharu itu untuk melakar seberapa banyak jaringan gol seterusnya mencipta kejayaan pada setiap perlawanan yang akan dilalui selepas ini,” jelas kenyataan tersebut di Facebook.

Ianya dilihat sangat unik, kerana secara umumnya Ismaheel hanya berhijrah ke pasukan baharu di negeri sama iaitu Kelantan, selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan TRW pada awal musim untuk berpasangan bersama Nuha Marong.

Walaupun sah ditandatangani, Ismaheel tidak akan beraksi untuk perlawanan malam ini dan akan mula bermain pada awal bulan hadapan mengikut peraturan ditetapkan.

Selain Ismaheel, Kelantan United turut mengumumkan penjaga gol berpengalaman negara iaitu Shahril Saa’ri untuk memperkukuhkan lagi posisi tersebut pada musim ini.

Kelantan United dilihat telah membuat beberapa perubahan baharu ketika ini dengan mereka turut menandatangani jurulatih baharu iaitu Ailton Dos Santos da Silva untuk mengemudi kelab ketika ini.

Ketika ini kedudukan semasa menyaksikan Kelantan United tidak berada di tempat yang selesa dan memerlukan perubahan lebih baik dibuat agar mereka mampu memberi persaingan lebih sengit buat pasukan lain.

Pastinta perubahan-perubahan baharu ini memberi kegembiraan buat para penyokong kelab tersebut untuk melihat Kelantan United kembali bangkit musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN