Ismaheel Akinade Berpotensi Sekadar Jadi ‘Penonton’ Pada Aksi Bertemu Selangor

Penyerang berbisa Terengganu iaitu Ismaheel Akinade memiliki potensi untuk sekadar menjadi penonton atau memanaskan bangku simpanan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA musim 2024/2025 hari ini.

Terdahulu, Akinade dilaporkan mengalami kecederaan sehingga dirinya diketepikan pada perlawanan Liga Super baru-baru ini sewaktu menghadapi cabaran Negeri Sembilan.

Kecederaan tersebut berlaku ketika insiden membabitkan dirinya dalam aksi Liga Super terdahulu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga menyaksikan dirinya terlepas mengharungi saingan seterusnya.

“Buat masa ini saya masih mengalami kecederaan, hasil ujian imbasan, tahap kesakitan masih lagi terasa, malah ada bengkak dan koyak pada bahagian otot.

“Berkemungkinan besar saya terpaksa menjadi penonton, namun jauh daripada sudut hati saya mahu beraksi dalam perlawanan penting itu, tapi ia terpulang kepada pegawai perubatan.

Jika diturunkan saya tekad memperagakan aksi terbaik untuk mara ke final walaupun baharu enam bulan menyarung jersi TFC,” jelas Akinade melalui perkongsian Harian Metro.

Musim ini menyaksikan Akinade sudah pun meledak empat gol daripada sembilan perlawanan buat Sang Penyu selain turut menyumbang satu bantuan jaringan.

Hadir selaku pilihan utama musim ini selaku tonggak serangan Terengganu bagi menggantikan khidmat Ivan Mamut akibat kecederaan, pastinya kehilangan Akinade pada aksi ini akan terus merumitkan kem pasukan tersebut.

Melihat kepada senarai pengganti dimiliki, Terengganu masih lagi mempunyai seorang penyerang import yang juga tidak kurang hebat di posisi utama serangan iaitu Nnabuike Chukwu musim ini.

Hadir dengan reputasi positif bersama PDRM musim lalu, kelibat Nnabuike setakat beberapa perlawanan bersama Terengganu kali ini juga mendapat pujian dalam kalangan peminat.

Setakat ini, Nnabuike sudah pun meledak dua gol buat Terengganu dan beliau berpeluang untuk terus membuktikan segalanya buat penyokong Sang Penyu pada aksi tersebut jika diberi peluang dalam senarai kesebelasan utama.

Bagi pilihan lain dimiliki oleh Tomislav Steinbruckner, beliau boleh meletakkan bintang baharu Harimau Malaya iaitu Engku Nur Shakir selaku penyerang utama menerusi kelebihan pemain tersebut.

Selain tajam di hadapan gol, Engku juga memiliki keupayaan cukup baik daripada segi kawalan bola serta kreatif menyusun pergerakan bersama rakan sepasukan lain.

Pandangan anda pula?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN