Isco Lanjutkan Kontrak Di Real Madrid Dengan Klausa Perlepasan €700 Juta

Jika semalam, Marcelo dilaporkan sudah sah menandatangani kontrak lanjutan di Real Madrid sehingga 2022, hari ini penyokong Real Madrid menerima kegembiraan berganda.

Ini kerana, pemain tengah kebangsaan Sepanyol, Isco setuju untuk kekal di Real Madrid sehingga 2022. Isco musim lalu pernah menyatakan hasratnya untuk mencari kelab baru selepas kekurangan minit perlawanan.

Banyak kelab cuba mendapatkan beliau termasuk Manchester United dan juga seteru utama Real Madrid, Barcelona.

Namun segalanya berubah selepas Isco pada akhir musim lalu berjaya menjadi pemain penting dalam skuad Zidane. Ini selepas Isco memanfaatkan peluang beraksi ketika Gareth Bale cedera panjang.

Permulaan musim 2017/18 ternyata sangat baik untuk Isco. Pemain tersebut menjadi pemain penting Real Madrid musim ini.

Beliau menjadi pemain penting dalam kejayaan Madrid menewaskan Manchester United dalam Piala Super Eropah awal musim ini. Aksi cemerlang itu turut dibawa dalam kem Sepanyol.

Isco menjadi nadi utama kejayaan Sepanyol menewaskan Itali 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sebelum ini. Beliau menjaringkan 2 gol kelas dunia di dalam perlawanan tersebut.

Menurut laporan AS, Isco akan menerima gaji tahunan bernilai €6 juta dengan klausa perlepasan €700 juta.

Real Madrid meletakkan klausa perlepasan yang sangat tinggi untuk mengelakkan mereka kehilangan pemain tersebut seperti mana Barca kehilangan Neymar sebelum ini.

Klausa perlepasan itu adalah harga mutlak untuk tebus harga. Real masih boleh menjual pemain ini dengan sebarang harga atas budi bicara ataupun persetujuan bersama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN