Irfan Zakaria Sedia Gegar JDT Pada Perlawanan Piala Sumbangsih

Piala Sumbangsih

Pertahanan tengah Kuala Lumpur City, Irfan Zakaria bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada Sabtu sekiranya diberi peluang apabila sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.

Pemain berusia 27 tahun itu kini dalam fasa untuk mendapatkan kembali momentum di atas padang selepas diketepikan dalam perlawanan sejak kempen Piala Malaysia musim lalu sehingga terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan untuk kembali sembuh.

Meskipun masih belum pasti dia akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu ini, Irfan tidak berputus asa dalam memastikan dia mampu kembali beraksi dengan lebih garang pada musim ini.

Kudratnya turut diuji dalam perlawanan persahabatan apabila diberi peluang membarisi skuad utama menentang Negeri Sembilan dalam kejohanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan, Khamis lalu.

“Alhamdulillah sekarang saya sudah boleh bermain tetapi semuanya terpulang kepada jurulatih (Bojan Hodak) sama ada beliau mahu saya berada kesebelasan utama atau di bangku simpanan terlebih dahulu untuk lawan JDT nanti.”

“Cuma kalau dalam latihan, saya masih ada rasa takut-takut lagi nak berikan sepenuhnya, tetapi saya tetap berusaha untuk dapatkan balik keyakinan dan momentum supaya dapat kembali seperti sebelum ini atau mungkin lebih baik.”

“Sewaktu saya selesai jalani pembedahan, saya memang letak sasaran untuk pulih sebelum liga bermula dan minggu lepas pun saya diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama ketika lawan Negeri Sembilan.”

“Jadi, kali ini sekiranya ada rezeki untuk diturunkan dalam perlawanan Sumbangsih, InsyaAllah saya akan melakukan yang terbaik,” jelasnya.

Bercakap mengenai perlawanan Piala Sumbangsih pada Sabtu ini, Irfan percaya JDT tidak akan memberi laluan mudah untuk mempertahankan kejuaraan selain misi balas dendam selepas tewas kepada Kuala Lumpur ketika final Piala Malaysia tahun lalu.

“Saya rasa kita semua tahu kekuatan JDT pada musim ini dan mereka mempunyai banyak kelebihan selain beraksi di laman sendiri dan dibanjiri dengan penyokong di stadium.”

“Kami sebagai pemain hanya akan memberikan yang terbaik dan kalau ada rezeki untuk menang, InsyaAllah kita akan menang sekali lagi seperti tahun lepas.”

“Cuma, kita kena lebih waspada kerana pastinya ini akan menjadi misi balas dendam JDT kepada Kuala Lumpur untuk mereka buru kemenangan,” tambahnya.

Kuala Lumpur selaku juara Piala Malaysia 2021 akan berdepan JDT yang merupakan juara Liga Super 2021 dalam saingan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN