Irfan Mahu Terengganu Jadi Pasukan Pertama Kalahkan Selangor

Tugas sukar sedang menanti pendahulu Liga Super 2018, Selangor yang akan bertandang ke Stadium Nasiruddin Shah untuk pertemuan ketiga saingan liga menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.

Ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti memberi amaran bahawa anak buahnya akan bermain bersungguh-sungguh untuk memungut 3 mata penuh di halaman sendiri setelah gagal melakukannya dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Bercakap kepada Sinar Harian, beliau berkata status skuad The Red Giants sebagai pendahulu liga super langsung tidak menggerunkannya dan anak buahnya tekad tidak memberi laluan mudah kepada pasukan bimbingan P. Maniam itu.

“Keputusan seri dalam dua aksi sebelum ini tidak melemahkan semangat kami untuk bangkit mengutip mata penuh terutamanya bermain di hadapan penyokong sendiri.

“Jadi apa yang saya harapkan agar pemain lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan mudah yang akhirnya akan memerangkap diri sendiri,” katanya.

Sesi latihan skuad Terengganu sebelum mereka bertemu Selangor malam ini. FOTO: Terengganu Football Club

Irfan turut menjangkakan beberapa penyerang tempatan akan mendapat rentak dan menjaringkan gol tanpa perlu bergantung pada penyerang import mereka, Kipre Tchetche yang sudah meledak 2 gol setakat ini.

“Dalam perlawanan sebelum ini saya lihat ada lagi beberapa pemain kita yang mampu menjaring kan gol seperti Saha (Mohd Ashaari Shamsuddin) tetapi masih belum menemui rentak jaringan dan saya harap perlawanan esok mereka mampu meledakkan gol buat pasukan.

“Apa yang pasti saya jangkakan satu perlawanan yang sengit dan pemain perlu bermain dengan lebih berhati-hati namun tetap agresif dalam memburu kemenangan,” katanya.

Beliau juga memohon pemain-pemain lain tidak melakukan kesalahan individu yang boleh merugikan pasukan namun begitu tetap percaya bahawa anak buahnya mampu untuk meningkatkan permainan kearah yang lebih baik bagi perlawanan seterusnya yang dijangka akan dihadiri ribuan penyokong Terengganu dan Selangor sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN