Irfan Bakti Tidak Mahu Pemainnya Terlalu Menghormati JDT

Perlawanan diantara 2 pasukan teratas Liga Super diantara Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini pasti menarik dan menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Mengulas mengenai perlawanan itu, pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata kepada Sinar Harian, beliau tidak mahu anak buahnya terlalu menghormati lawan dan wajib mempamerkan prestasi terbaik untuk memastikan rekod tanpa kalah pasukan itu tidak tercalar.

“Jadi kita tidak boleh terlalu ‘respect’ sangat mereka (JDT) kerana kita bermain 11 lawan 11 dan pemain perlu meneruskan karakter terbaik masing-masing.

“Malah saya sudah ingatkan pemain supaya memberi lebih tumpuan kepada perlawanan ini kerana ia akan menjadi penentu bagi kedua-dua pasukan untuk merebut tempat teratas saingan liga,” katanya.

Jurulatih berpengalaman yang berusia 67 tahun itu mengakui sukar untuk memilih kesebelasan utama untuk perlawanan malam ini kerana anak buahnya sentiasa mempamerkan prestasi terbaik ketika sesi latihan.

Sesi latihan skuad Terengganu FC sebelum bertemu JDT malam ini. FOTO: TFC

Namun begitu, Irfan menyifatkan ianya merupakan perkembangan yang positif kerana para pemainnya bersaing secara sihat untuk merebut tempat dalam kelompok 18 pemain untuk perlawanan ini.

Malah, Irfan juga sudah menjangkakan JDT pasti sudah mengkaji corak permainan pasukannya dan beliau mahu pemainnya berwaspada terhadap ancaman rangkaian serangan JDT.

“Kita tahu mereka (JDT) mungkin sudah membaca corak permainan pasukan menerusi beberapa perlawanan sebelum ini, jadi pemain perlu lebih bersedia dan sentiasa fokus untuk mematahkan serangan lawan.

“Saingan ini bakal menjadi satu perlawanan yang menarik dan berharap pemain dan menyajikan satu persembahan yang terbaik untuk ditonton bukan sahaja penyokong skuad Penyu bahkan juga peminat bolasepak negara,” katanya.

Selain itu, sokongan padu penyokong TFC juga ditagih untuk memeriahkan stadium dan memberikan sorakan kepada pasukan kesayangan mereka.

Kat Irfan, kehadiran penyokong ke stadium cukup penting kerana sorakkan semangat mereka sedikit sebanyak menaikkan lagi moral pasukan untuk meraih kejayaan.

“Saya cukup kagum dengan sokongan yang diberikan mereka (penyokong) terutamanya ketika kami bertemu Negeri Sembilan dan PJ Rangers (Piala FA) ribuan penyokong hadir dengan berpakaian hitam putih.

“Justeru kita mengharapkan penyokong dapat terus memberikan sokongan terbaik mereka dengan semangat kesukanan yang tinggi ketika berada di dalam stadium nanti,” katanya.

Pasukan TFC masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 4 perlawanan dan kini menghuni tangga kedua liga dengan perbezaan satu mata dibelakang pendahulu liga, JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN