Quantcast

BERITA

Irfan Bakti Sahkan Malik dan Hyeon Woo Sertai Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan pemain dari Korea Selatan, Kim Hyeon Woo dan bekas penyerang Kuantan FA, Abdul Malik Mat Ariff menjadi pemain terbaru yang diikat oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

“Iya, pemain dari Korea Selatan dan Kuantan FA itu sudah sah menjadi milik Terengganu,” kata Irfan Bakti kepada berita harian menerusi aplikasi Whatsapp ketika masih berada di Makkah bagi mengerjakan umrah.

Hyeon Woo, 28, adalah bekas penyerang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC musim ini manakala Abdul Malik adalah penjaring tempatan terbanyak Liga Perdana dua musim berturut-turut.

Kim Hyeon Woo ketika beraksi menentang Pahang dalam saingan Piala Malaysia. Gambar: PKNP FC

Sebelum ini Terengganu sudah menandatangani pemain import kelahiran England, Lee Andrew Tuck dan Tchetche Kipre (Ivory Coast) serta Mohd Fitri Omar (Kedah), Muhamad Fauzi Abdul Kadar (T-Team) dan Wan Mohd Azraei Wan Teh (Pahang) selain sedang berusaha mengikat dua lagi pemain T-Team.

Pemain kelahiran Seoul, Korea Selatan itu pernah diintai beberapa pasukan lain, namun dia yang mula mencipta nama dengan kelab Seongnam FC dalam Liga Korea Selatan dan Shan United dalam Liga Myanmar memilih untuk menyarung jersi Terengganu.

Abdul Malik, pemain kelahiran Beserah, Kuantan itu juga ditawarkan kontrak oleh beberapa pasukan lain termasuk negeri kelahirannya Pahang, tapi tawaran lebih menarik membuatkan dia memilih skuad Penyu untuk mengembangkan lagi karier bola sepaknya.

Sebelum beraksi bersama Kuantan FA, pemain berusia 27 tahun itu yang juga boleh beraksi di bahagian sayap pernah menyarung jersi Pahang bermula 2011 hingga 2014.

Kehadiran Hyeon Woo dan Abdul Malik jelas memperlihatkan jurulatih berpengalaman itu mahu memperkemaskan lagi jentera serangan yang sebelum ini sudah diisi dua tenaga import iaitu Andrew Tuck dan Kipre. – BH

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!