Irfan Bakti Sahkan Kipre Tchetche Kekal Dengan Terengganu FC

Irfan Bakti

Ayam tambatan Terengganu FC, Kipre Tchetche akhirnya menamatkan kemarau jaringan apabila bangkit dengan cemerlang dan membantu Terenganu FC menewaskan Pahang, 2-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA kelmarin.

Jaringannya ketika menentang Pahang adalah jaringan yang ke 5 beliau setelah merekodkan empat gol dalam empat perlawanan terakhir bersama skuad penyu itu.

Situasi itu memberi kegembiraan kepada pengendali skuad Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim yang sebelum ini memberi amaran akan menamatkan kontrak Tchetche jika prestasinya kurang memuaskan.

Bagaimanapun, Irfan  menegaskan penyerang itu akan kekal dalam perancangan skuad Peteh walaupun ada cadangan untuk menukar pemain import pada jendela perpindahan kedua yang dibuka semalam.

“Dia telah mula bermain seperti mana corak permainan asalnya. Dia kelihatan selesa ketika membuat kawalan bola. Dia ada membuat banyak percubaan tetapi itu soal kedua.

“Sesetengah pemain ada yang lapan sehingga sembilan perlawanan tidak menjaringkan sebarang gol tetapi persembahan Kipre mula meningkat naik dalam tiga perlawanan terakhir, termasuk ketika kami kalah kepada Kedah.

“Oleh itu, Kipre akan kekal,” kata Irfan dalam Stadium Astro.

Sumber: TFC, Facebook

Sementara itu, Tchetche atau digelar sebagai “Drogba Ganu” dalam kalangan peminat menjelaskan beliau bangkit setelah menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada penyokong sendiri.

“Terdapat penyokong yang mengirimkan pesanan agar saya keluar daripada pasukan tetapi saya hanya membalasnya dengan positif.

“Inilah bola sepak dan ia boleh berlaku. Saya fikir mereka kini sudah kembali gembira, terutama yang kerap menyokong saya selama ini,” katanya dalam Stadium Astro.

Mengulas mengenai bekalan tipis yang dibawa ke Kuantan untuk aksi suku akhir kedua Piala FA, dia tetap berasakan Terengganu FC mempunyai peluang cerah untuk ke separuh akhir.

“Kami akan melaluinya dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Saya amat gembira untuk terus bergandingan baik dengan pemain tengah untuk menyudahkan setiap peluang,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN