Irfan Bakti Diumum Kekal Bersama Terengganu FC Musim Hadapan

Irfan Bakti

Berita Harian melaporkan yang khidmat ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti akan dikekalkan pada musim hadapan, menamatkan segala penantian penyokong mengenai status kontraknya.

Biarpun belum turun berentap di pentas final Piala Malaysia menentang Perak dalam misi memburu kejuaraan kedua Piala Malaysia, Irfan telahpun ditawarkan kontrak baharu.

Khabar gembira itu diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim pada sidang media yang telah berlangsung di pejabat persatuan itu kelmarin.

“Jawatankuasa khas yang bersidang pada 23 Oktober yang saya pengerusikan sendiri mendapat mandat untuk mengumumkan pembentukan pengurusan dan pegawai pasukan TFC musim depan.

“Irfan yang berjaya membantu pasukan mara ke final Piala Malaysia musim ini sah akan diberi mandat mengendalikan skuad TFC musim depan,” ujarnya kepada media.

Pengendali berusia 67 tahun itu telah berjaya mengangkat kembali Terengganu FC ke landasan terbaik mereka dan kini mereka selangkah lagi untuk menjulang Piala Malaysia 2018.

Mungkin risau Irfan akan angkat kaki sejurus tamat saingan Piala Malaysia minggu ini, Terengganu FC lantas dengan segera telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menawarkan kontrak baharu.

Sebagai antara jurulatih yang berprofil tinggi, Irfan sentiasa menjadi buruan pasukan-pasukan lain dan terdapat khabar angin yang dia telah mendapat tawaran dari Kuala Lumpur dan Perak.

Pemenang anugerah jurulatih terbaik musim 2011 dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) itu telah meraih pelbagai kejuaraan bersama-sama pasukan yang pernah dibimbingnya.

Antara pasukan yang pernah dibimbingnya sejak tahun 1999 adalah Negeri Sembilan, Telekom Melaka, Perlis, Selangor dan juga Felda United serta kelab Indonesia, Persipura Jayapura.

Walaupun pernah meraih kejuaraan Piala FA, Irfan masih belum berjaya memiliki Piala Malaysia dalam almari kejuaraannya dan ini merupakan kali ke-3 dia melangkah ke final Piala Malaysia.

Sebelum ini dia pernah melangkah ke pentas final namun gagal menjuarainya bersama-sama Negeri Sembilan pada musim 2000 dan juga Terengganu pada musim 2011.

Sementara itu, Hishamuddin turut mengumumkan jurulatih TFC II musim ini, Tengku Hazman Raja Hassan akan terus mengendalikan skuad itu musim depan beraksi dalam saingan Liga FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN