Irfan Bakti Dedahkan 3 Pasukan Sedang Intai Khidmatnya Musim Depan

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui beliau kini sedang dipancing oleh 3 pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2019.

Namun jurulatih berpengalaman yang berusia 67 tahun ini tidak menganggap lamaran itu akan menyebabkan fokusnya terganggu menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia, bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau mengesahkan memang ada beberapa pasukan yang cuba menawarkan kontrak kepadanya tetapi enggan mendedahkan nama pasukan tersebut.

“Setakat ini sudah ada tiga pasukan menawarkan kontrak kepada saya untuk musim depan, tetapi lamaran itu tidak sesekali mengganggu persiapan saya kerana perkara itu sudah menjadi asam garam bagi jurulatih.

“Bagaimanapun saya tidak memikirkan isu itu kerana fokus utama ialah mahu membawa TFC mara ke pentas akhir dan menjuarai piala berprestij itu selepas gagal mara ke final dalam saingan FA musim ini,” katanya.

Irfan Bakti mengendalikan sesi latihan pasukan Terengganu FC. FOTO: TFC

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) musim ini memberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Irfan Bakti  untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala ke Terengganu.

Terengganu FC kini hanya selangkah lagi untuk menuju ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 setelah mendahului Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan aggregat 1-0 di separuh akhir pertama.

Kegagalan memenangi Piala Malaysia musim ini mungkin akan menyaksikan penghijrahan Irfan Bakti ke pasukan lain musim depan kerana gagal memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh PBSNT.

“Hanya tinggal satu lagi piala musim ini. Jadi, kami mengharapkan TFC mampu menjulang trofi berprestij itu kerana peluang buat skuad kami masih terbuka luas walaupun beraksi di tempat lawan,” kata Irfan Bakti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN