Irfan Bakti Beri Sebab Mengapa Kuching City Sukar Raih 3 Mata Untuk Atasi Perak

Kuching City terpaksa berpuas hati pada malam perlawanan terakhir mereka dalam saingan Liga Premier musim ini, setelah hanya terikat seri bersama Perak di tempat lawan 1-1.

Beraksi di Stadium Perak, Ipoh, jelas tuan rumah tampak bersemangat menerusi sokongan padu daripada para penyokong yang ramai hadir untuk menyaksikan perlawanan terakhir tersebut secara lebih dekat.

Kuching City pula, hadir dengan semangat membara setelah mereka sudah pun mengesahkan tempat ke saingan Liga Super pada musim hadapan secara merit, dan tidak merekodkan sebarang kekalahan lagi pada enam perlawanan sebelum itu.

Menurut Irfan Bakti selaku pengendali utama Kuching City, beliau mengakui kehadiran ramai penyokong pada perlawanan tersebut jelas memberi impak positif buat kedua pasukan untuk tampil beraksi dengan lebih bersemangat.

“Kehadiran 16,000 penonton semalam sekurang-kurangnya dapat menghiburkan kedua pasukan untuk bermain, dimana selama ini hanya beberapa sahaja hadir beri sokongan.

“Kiranya kalau setiap kali kehadiran penonton seramai ini boleh menyeronokkan kembali bola sepak untuk masa akan datang.

“Walaupun begitu, saya agak dukacita sedikit selepas kami gagal untuk mendapatkan mata penuh dan sekiranya berlaku, kemungkinan kami boleh berada di tangga kedua carta liga.

“Tetapi bila dah seri tadi memang sudah pasti kami berada di kedudukan ketiga carta Liga Premier musim ini,” jelas Irfan Bakti.

Pada masa sama, Irfan turut bersyukur setelah ada peningkatan dipamerkan oleh pasukan dari segi keputusan berbanding musim lalu.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Perak, pengendali berpengalaman itu sedar mereka tampil dengan corak permainan agak pasif, terutama sekali di separuh masa kedua sehingga membuka ruang buat lawan untk mengasak ke kubu pertahanan pasukannya.

“Ada sedikit keadaan di mana kami terlampau banyak sangat berundur dan bertahan, dimana jika kita lihat Perak telah melipat gandakan serangan di separuh masa kedua.

“Sepatutnya kami perlu tenang untuk menghadapi serangan-serangan sebegitu untuk elak daripada dibolosi.

“Sebenarnya serangan Perak tidaklah begitu berbahaya sangat, cuma kerana sorakan penyokong maka Perak tampil lebih bersemangat untuk menyerang kubu pertahanan kami.

“Saya puas hati dengan keputusan malam ini, dan sebenarnya agak gerun dengan kehadiran ramai para penyokong.

“Ini kerana penyokong merupakan pemain ke-12, dan boleh merubah keadaan pasukan untuk tampil beraksi lebih baik dalam perlawanan,” tambah Irfan lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN