Irfan Bakti Puji Kesungguhan Dan Disiplin Skuad Penyu, Enggan Ulas Prestasi Pengadil

Lee Tuck

Terengganu FC merencatkan impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meraih hatrik mata penuh pada perlawanan ketiga unifi Liga Super Malaysia (MSL) 2019 dengan keputusan 2-2 di Kuala Terengganu.

Pertahanan Terengganu, Kamal Azizi tampil dengan jaringan di minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat keputusan dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata.

Sebelum itu, Khairul Izuan Rosli berhasil meledak gol pendahuluan buat tuan rumah seawal minit ke-7 sebelum JDT bangkit dengan dua gol menerusi Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo.

Kecewa tetapi bangga

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang ditemui media sejurus perlawanan tampak kecewa dari riak wajahnya walaupun berkata berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh pemainnya.

“Ya, satu persembahan yang mengagumkan daripada pemain-pemain saya sepanjang 90 minit tapi,” ulas pendek pengendali tersebut sambil menggelengkan kepada di penghujung responnya kepada pengacara di iflix.

Foto: JST

Sidang media yang berlangsung selepas itu, Irfan turut mengulangi pujian terhadap barisan pemainnya yang bertekad mengejar jaringan penyamaan ketika ketinggalan 2-1. Ketika ditanya mengenai mutu pengadilan, Irfan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sebaliknya mahu pemain-pemainnya menumpukan fokus kepada perlawanan menentang Kuala Lumpur selepas ini.

“Diharapkan seterusnya menentang Kuala Lumpur di tempat lawan, pemain-pemain dapat menunjukkan satu persembahan yang baik seperti sekarang dan kalau boleh lebih lagi,” ujarnya.

Kontroversi pengadil?

JDT telah memperolehi dua sepakan penalti dan salah satunya telah berjaya disempurnakan untuk gol penyamaan pasukan pelawat oleh penyerang meningkat naik negara, Safawi Rasid.

Selain itu, Sang Penyu turut dikecewakan dengan pembatalan gol  di masa tambahan yang telah menimbulkan sedikit ketegangan. Pemain Terengganu dikatakan berada pada kedudukan offside.

“Kita sudah tahu kebolehan JDT jadi kita harus mengawal di bahagian tengah. Pemain telah menjalankan tugas masing-masing walaubagaimanapun saya sedikit kecewa,” katanya lagi.

Begitupun, aksi permainan Terengganu sepanjang perlawanan ini boleh dibanggakan kerana berjaya menekan juara MSL untuk lima kali berturut-turut, dan hampir berjaya memperolehi 3 mata di laman sendiri.

 

 

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers & MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN