Quantcast

BERITA

Iran Tersingkir, Kebangkitan Minit Akhir Yang Cemaskan Portugal

Portugal seperti dijangka akan menguasai sebahagian besar perlawanan dan Iran akan turun ke zon sangat rendah untuk bertahan.

Pada awal perlawanan Portugal berterusan mengasak ke kubu Iran. tetapi sukar untuk mencipta peluang besar (big chance). Pasukan Iran juga beberapa kali berjaya masuk ke dalam kotak penalti Portugal.

Selepas minit ke-25 perlawanan jadi sukar di tengah. Kedua-dua pasukan bergelut untuk sampai ke kawasan serangan. Iran bagaimanapun tetap berjaya melakukan beberapa aksi di dalam kotak penalti lawan.

Namun pada minit ke-45, Quaresma menggunakan teknik ‘signature’ beliau trivela untuk menjaringkan gol pembukaan. Gol yang Portugal di hadapan 1-0 menjelang rehat.

Bersambung babak ke-2, Portugal diberikan sepakan penalti selepas tinjauan semula oleh VAR. Ronaldo dijatuhkan di dalam kotak penalti. Para pemain Iran membantah keputusan pengadil.

Namun begitu, penalti Ronaldo diselamatkan oleh penjaga gol muda Iran, Beirandvand.

Irang meningkatkan usaha untuk menyerang. Mereka hampir mendapat peluang gol pada minit ke-57, namun Pepe memintas hantaran rendah berbahaya.

Minit ke-74, Carlos Quieroz diberikan amaran selepas beliau memprotes pengadi meminta tinjauan VAR dilakukan selepas William Carvalho melakukan cabaran ke atas pemain beliau di dalam kotak penalti.

Minit ke-80, Ronaldo pastinya berasa cemas apabila pengadil melakukan tinjauan semula menerusi VAR untuk insiden kad merah. Namun pengadil memutuskan ia hanya kad kuning.

Perlawanan banyak kali dihentikan kerana protes daripada para pemain dan juga pengurus Iran. ,Minit ke-89, pengadil meminta bantuan VAR sekali lagi selepas pemain Iran mendakwa tandukan Sardaar Azmoun terkena tangan Ceric Soares.

Pengadil mengambil masa sekitar 3 minit dan memberikan Iran sepakan penalti. Karim Ansarifard dengan cemerlang menyempurnakannya.

Dalam satu lagi perlawanan, Sepanyol menyamakan kedudukan dengan Mahgribi dan Iran perlu mencari kemenangan. Portugal cuba bertahan dan melengahkan perlawanan kerana mereka tidak mahu mengambil risiko diserang balas.

Pada minit akhir sebelum tamat, Iran mendapat peluang terakhir namun percubaan Azmoun terkena jaring.

Portugal mara ke kalah mati dan Iran mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia. Ini adalah kempen yang boleh dibanggakan Iran. Mereka menang ke atas Maghribi dan seri dengan Portugal.

Itulah drama dalam aksi ini. Penuh dengan drama VAR dan tak lupa drama penalti.

Portugal akan berhadapan dengan Uruguay dalam peringkat 16 pasukan terakhir.