Iran Pasukan Yang pertama Tiba Di Rusia

Pasukan dari Asia, Iran menjadi pasukan yang pertama tiba di Russia untuk aksi Piala Dunia, yang akan bermula pada 14 Jun ini. Pasukan ranking yang ke-36 FIFA ini memulakan kempen Kumpulan B menentang Maghribi pada 15 Jun di Nizhny Novgorod.

Mereka kemudiannya berkunjung ke Kazan untuk menentang bekas juara Piala Dunia, Sepanyol pada 20 Jun sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Portugal pada 25 Jun.

Juara Piala Asia tiga kali itu mara mudah buat kali kedua beturut-turut ke Piala Dunia, mencatat rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan dalam kumpulan Asia.

Skuad kebangsaan Iran yang akan beraksi di Piala Dunia.

Iran tewas 1-2 kepada Turki pada perlawanan persahabatan terakhir 28 Mei lalu dan akan berdepan aksi pemanas badan terakhir sebelum Piala Dunia berdepan Lithuania, Jumaat ini.

Dikendalikan jurulatih dari Portugal, Carlos Queiroz, yang pernah melatih pasukan kebangsaan negaranya, Iran akan berdepan laluan sukar untuk mara ke peringkat kalah mati.

“Berada di Russia bagaikan satu impian yang menjadi kenyataan buat bola sepak Iran.

“Kami meraihnya menerusi kerja keras dan pengorbanan dan ia membuktikan betapa bangga dan bertuahnya kami berada di sini.

“Pasukan kebangsaan Iran berpeluang bertemu dengan pasukan terbaik dan menjadi sebahagian daripada keluarga Piala Dunia yang hebat. Kami tiba di sini dengan impian pergi sejauh mungkin dan tidak sabar menjadikannya Piala Dunia terbaik.” kata Queiroz.

Barisan 23 pemain Iran yang kini berada di Russia.

Mereka akan berpangkalan di pusat latihan kelab Liga Perdana Russia, Lokomotiv Moscow, yang terletak di barat daya pinggir ibu negara Russia itu.

Piala Dunia yang menampilkan 32 negara terbaik, akan tamat di Moscow pada 15 Julai depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN