Iran Muncul Negara Asia Pertama Layak Ke Piala Dunia 2018

Iran layak ke Piala Dunia sekali lagi!

Pasukan yang pernah menjuarai Piala Asia sebanyak 3 kali itu layak selepas berjaya menewaskan Uzbekistan 2-0.

Menurut Berita Harian Online, kemenangan 2-0 itu hadir menerusi jaringan daripada pemain Sardar Azmoun ketika perlawnaan memasuki saingan pertengahan separuh masa pertama.

Manakala gol kedua pasukan Iran hadir menerusi sentuhan penyudah daripada Mehdi Taremi pada penghujung separuh masa kedua.

Hasil dari kemenangan ini, Iran menjadi pasukan pertama dari benua Asia yang menempah tempat ke Piala Dunia 2018.

Mereka juga menjadi pasukan kedua yang mengesahkan tempat di Piala Dunia selepas Brazil menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat di kejohanan yang akan dilangsungkan di Rusia itu.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Iran layak ke Piala Dunia secara 2 kali berturut-turut.

Iran! Iran!

Kejayaan Iran mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 diterima dengan cukup positif oleh keseluruhan rakyat negarannya.

Presiden Iran, Hassan Rouhani turut menzahirkan kegembiraan beliau dengan kejayaan itu.

“Kemenangan anda membuatkan kami semua gembira. Tahniah kepada semua pemain kerana layak ke Piala Dunia 2018.”

Hasil kemenangan itu telah menghasilkan suasana seperti di karnival apabila rakyat Iran menyambut kejayaan pasukan mereka layak ke Piala Dunia.

Menurut Reza Ghanbari, orang ramai menjerit nama negara mereka dengan membunyikan hon kereta ketika meraikan kejayaan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN