Pundit RTE Soccer di Ireland terdiri daripada Didi Hamman, Liam Bradley dan Keith Andrews bengang dengan pengadil perlawanan menentang Iran yang disifatkan mereka terlalu bergantung kepada VAR.
Boleh dikatakan pengadil perlawanan kalau boleh mahu meninjau semua insiden menggunakan VAR.
Mereka berpendapat yang Portugal sepatutnya bermain 10 orang, kerana Cristiano Ronaldo menyiku pemain mereka. Ronaldo hanya dikenakan kad kuning sekepas reviu VAR.
Andrew menyifatkan perlawanan ini seperti sarkas kerana terlalu banyak campur tangan VAR dan sikap kedua-dua pasukan yang berterusan menekan pengadil meminta reviu VAR.
Liam Brady pula berpendapat Iran menjadi mangsa kepada 2 keputusan lemah pengadil. Pertamanya ialah pemberian penalti kepada Ronaldo dan juga Ronaldo yang tidak dilayangkan kad merah kerana insiden menyiku.
Oleh itu pengadil seakan-akan mahu menebus 2 kesalahan besar itu dengan memberikan penalti kepada Iran pada minit akhir perlawanan yang dirasakan Brady sebagai keputusan kurang tepat.
“Disebabkan Iran menjadi mangsa beberapa keputusan tidak adil, mereka membeierkan penalti minit akhir kepada Iran.”
Beliau menjelaskan yang penalti Iran itu adalah tak tepat kerana Cedric Soares jelas sekali tidak tahu di mana bola berada dan bola itu menuju ke tangan beliau.
Hamman pula terkejut dengan penggunaan VAR yang terlalu kerap terutama sekali untuk insiden yang ada di depan pengadil.
“Alasan utama VAR dibawa ke dalam bola sepak untuk mendapatkan keputusan terbaik dan memberikan keadilan. Itu adalah mitos yang paling karut dalam bola sepak.”
“Ini kerana hanya dengan mengambil satu keputusan salah ia tak bermakna pasukan yang berhak tidak mendapat keputusan selayaknya.”
Hamman juga menyatakan VAR telah mengurangkan emosi dan detik seperti keraian, kesedihan dalam bola sepak. Ini kerana perkar itu kadangkala harus menunggu beberapa minit dahulu.