Iran Batal Siaran Langsung Bayern vs Dortmund Kerana Pengadil Wanita

Stesen televisyen milik kerajaan Iran, IRIB membatalkan siaran langsung perlawanan DFL Supercup 2020 antara Bayern Munich menentang Borussia Dortmund semalam selepas mendapat tahu ia akan diadili oleh pengadil wanita, Bibiana Steinhaus.

Menurut peraturan penyiaran yang ditetapkan oleh kerajaan Iran, gambar/video wanita yang berseluar pendek tidak dibenarkan disiarkan di televisyen.

Difahamkan ini bukan kali pertama IRIB membatalkan siaran langsung perlawanan Bundesliga yang melibatkan pengadil wanita. Sebagai salah seorang pengadil wanita yang paling berpengalaman di Jerman, Bibiana Steinhaus sering menjadi ‘mangsa’ polisi kerajaan Iran tersebut.

Steinhaus pernah dianugerahkan sebagai salah seorang pengadil terbaik di Jerman pada tahun 2018.

Pada Februari 2019, siaran langsung aksi Bundesliga antara Bayern Munich menentang Augsburg telah dibatalkan setelah Iran mendapat tahu Steinhaus akan menjadi pengadil.

Setahun sebelumnya pada bulan Mei, IRIB tidak sempat membatalkan perlawanan Bayern menentang Koln yang diadili oleh Steinhaus. Jadi untuk mematuhi peraturan kerajaan, IRIB akan menukar camera feed penyokong apabila primary camera feed tertumpu kepada Steinhaus.

Steinhaus, 39 merupakan pengadil wanita pertama di Jerman yang mendapat pengiktirafan untuk mengadili perlawanan bola sepak profesional lelaki. Kali pertama beliau mendapat peluang tersebut adalah pada September 2017.

Beliau dilaporkan sedang berpacaran dengan bekas pengadil terkenal dari England, Howard Webb.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN