Inter Milan: Suami Kamu Tidak Dialu-Alukan Di Sini

Ketua Eksekutif (CEO) Inter Milan, Giuseppe Marotta menyatakan bahawa kelab rimas dengan komen yang dibuat oleh isteri – merangkap ejen – Mauro Icardi iaitu Wanda Nara.

Mauro Icardi tidak disenaraikan dalam pasukan yang bermain menentang Lecce dalam perlawanan pembukaan Serie A.

Wanda Nara sekali lagi mengkritik secara terbuka pengurusan Inter Milan. Wanda Nara menegaskan bahawa Icardi menolak pasukan lain untuk kekal di Inter Milan.

“Benar, Icardi menyatakan tidak kepada semua kelab lain, selain daripada Inter.”

“Semua orang telah mengetahui pilihan beliau sejak hari pertama musim panas. Dan situasi beliau juga membuatkan banyak pasukan mahukan beliau. Pada pandangan saya, Icardi akan kekal di Inter.”

Wanda Nara kemudian menyatakan bahawa, ada orang di pengurusan tertinggi Inter Milan mahukan Icardi terus kekal di kelab itu.

Komen Wanda Nara itu megundang respon panas daripada Marotta. Beliau menegaskan bahawa, tiada siapa pun di Inter Milan mengalu-alukan Icardi untuk kekal di kelab itu.

“Bagi kami, ianya sedikit merimaskan. Sama ada dari segi masa dan cara beliau [Wanda Nara] bercakap.”

“Saya menafikan sebarang laporan menyatakan bahawa Inter Milan, terutama sekali tuan pengerusi, Steven Zhang, meminta Icardi kekal.”

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1166097013349527557

Icardi musim lalu telah membuatkan Inter Milan marah. Ini selepas beliau dan isterinya dilaporkan menggunakan surat tawaran kontrak di Inter Milan untuk didedahkan kepada beberapa pasukan lain.

Icardi ketika itu beberapa kali menolak tawaran Inter Milan dan dikaitkan dengan pasukan seperti Real Madrid dan juga Manchester United.

Wanda Nara menayangkan angka tawaran Inter Milan untuk meminta tawaran lebih tinggi daripada pasukan lain yang mahukan Mauro Icardi.

Tindakan itu melanggar polisi kerahsiaan Inter Milan. Lalu Icardi dilucutkan jawatan sebagai kapten. Icardi kemudian enggan bermain untuk tugasan Europa League. Ianya membuatkan Luciano Spalletti sangat kecewa.

Hal ini kerana Inter Milan kekurangan penyerang berkaliber ketika itu.

Pada jendela perpindahan kali ini, Inter sudah memaklumkan awal-awal bahawa Icardi tiada dalam perancangan pengurus baharu, Antonio Conte dan diminta mencari kelab lain dengan segera.

Namun sehingga ke hari ini, masih tiada perpindahan yang dapat dimeterai Icardi. Isterinya pula menyatakan bahawa Icardi setia dengan Inter Milan.

2 pasukan yang dikaitkan dengan Icardi adalah Juventus dan Napoli. Juve pernah dilaporkan hanya akan mendapatkan Icardi jika salah seorang daripada penyerang mereka seperti, Dybala, Mandzukic dan Higuain berjaya dijual.

Namun 3 pemain itu buat masa ini masih kekal di Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN