Inter Milan dilaporkan bersedia untuk menamatkan karier serba tidak menjadi Alexis Sanchez di Old Trafford – dengan syarat pemain antarabangsa Chile itu bersetuju dengan syarat gaji yang baharu.
Pemain itu menyertai Manchester United pada Januari 2018 dengan tawaran gaji yang tinggi, namun bergelut dengan prestasi sejak daripada itu. Dalam perlawanan menentang Manchester City pada pertengahan minggu lalu, beliau hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak akhir perlawanan.
United dikatakan berusaha untuk menjual Sanchez, namun disebabkan gaji tinggi mencecah £500,000 seminggu – termasuk bonus – yang diterimanya menyebabkan kelab-kelab yang berminat menjauhkan diri.
Harus sanggup berkorban
Pretasi dan kos serta usia beliau yang kini mencecah usia 30 tahun menyebabkan kelab seperti Paris Saint-Germain memadamkan niat untuk mendapatkan Sanchez. Inter adalah salah satu kelab yang berminat untuk khidmat beliau, yang bersedia berbelanja besar pada musim panas akan datang – namun tetap mempertimbangkan langkah untuk mendapatkan pemain itu disebabkan faktor gaji.
Sanchez harus menerima pemotongan gaji yang banyak berbanding dengan apa yang beliau perolehi di Old Trafford untuk sebarang peluang Inter melakukan bidaan.
Sanchez kini dilaporkan sedang berbincang dengan ejen beliau untuk melihat sama ada ianya berbaloi untuk berbuat demikian.
Turut intai Valencia
Selain daripada Sanchez, kelab Serie A itu dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Antonio Valencia pada musim panas akan datang.
Pemain pertahanan berusia 33 tahun itu dikatakan ingin berhijrah ke Major League Soccer, namun mungkin akan berminat sekiranya ditawarkan peluang untuk beraksi di Itali.
Nemanja Vidic dan Patrice Evra adalah antara pemain yang pernah menyertai kelab Itali setelah meninggalkan Manchester United di penghujung karier.