Inter Milan Lancarkan Bidaan Terbaru Untuk Bawa Shkodran Mustafi Ke San Siro

Shkodran Mustafi

Kelab Itali, Inter Milan telah membuat tawaran baru kepada Arsenal bagi mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah Jerman, Shkodran Mustafi secara pinjaman.

Pihak Inter telah menawarkan yuran pinjaman sebanyak £ 4.6 juta dengan pilihan untuk membeli dengan harga £ 23 juta.

Dalam perkembangan lain seteru mereka, Juventus yang memenangi Serie A musim lalu untuk kejuaraan liga ke-6 berturut-turut juga dikatakan tertarik untuk merekrut Mustafi.

Arsenal diberitakan sanggup untuk menjual pemain pertahanan tersebut yang mereka dapatkan dengan tanda harga £ 35 juta pada musim panas yang lalu, tetapi ingin mendapatkan bayaran balik sebanyak mungkin keatas pemain itu, yang bermakna tawaran pinjaman Inter itu mungkin akan ditolak.

Shkdoran Mustafi
Kredit foto : Sky Sports

Arsene Wenger sedang dalam usaha untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu sebelum tarikh akhir jendela perpindahan yang semakin suntuk ini dan berminat untuk merekrut pemain sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjual Mustafi.

The Gunners masih mengawasi sasaran jangka panjang Virgil van Dijk di Southampton dan jika kesepakatan dapat dirungkaikan untuk menandatanganinya atau sasaran lain, ianya akan membuka jalan bagi Mustafi keluar dari Stadium Emirates.

Sumber : Dailymail (2017) http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4834842/Inter-Milan-make-new-bid-Arsenal-s-Shkodran-Mustafi.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN