Inter Milan Mahukan Lukaku, Man. United Minta £80 Juta

Manchester United bertegas dengan Inter Milan bahawa harga Lukaku adalah £80 juta. Romelu Lukaku dijadikan sasaran utama Antonio Conte yang baru dilantik menjadi pengurus Inter Milan.

Ketika di Chelsea, Antonio Conte turut menjadikan Lukaku sebagai sasaran utama namun sayangnya ketika itu Lukaku memilih untuk ke Manchester United.

Beberapa minggu lalu Inter Milan dilaporkan sudah membuat bidaan bernilai £50 juta. Man. United menyatakan mereka tidak mahu menerima kerugian besar daripada Lukaku. United meminta Inter membayar sekurang-kurangnya £70 juta. United membeli Lukaku dengan nilai £75 juta, dan kesemua kos beliau termasuk bonus tambahan mencecah hampir £90 juta.

Terbaru, selepas Conte dilantik menjadi pengurus Inter, pasukan Man. United sudah memberikan amaran bahawa harga Lukaku kini adalah £80 juta.

Ole Gunnar Solskjaer pernah menyatakan beliau mahu menggunakan Lukaku dalam pasukannya kerana pemain itu serba boleh.

Inter Milan akan beraksi di UCL pada musim hadapan. Dan masih belum dipastikan tentang masa depan Mauro Icardi di Inter Milan. Ramai juga berpendapat, Icardi mungkin tidak akan menjadi pemain utama Conte jika pemain terus dengan sikap besar kepalanya.

Selain daripada Romelu Lukaku, Antonio Conte juga berharap dapat membawa masuk bekas pemain beliau di Chelsea iaitu Victor Moses. Ianya lebih kepada isu taktikal. Conte dijangka akan bermain dengan sistem bek bertiga.

Dalam perkembangan lain, Manchester United kini sedang berunding dengan beberapa pemain bintang mereka untuk menerima pemotongan gaji kerana kegagalan kelab itu mara ke UCL Untuk musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN