Hari terakhir kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan adalah pertarungan di antara 5 pasukan iaitu Argentina, Chile, Peru, Paraguay dan Colombia.
Hanya 3 yang akan mara secara automatik mengiringi Brazil dan Uruguay dan 1 lagi akan bermain di play off.
Inspirasi Messi!
Ecuador mendahului Argentina seawal minit pertama perlawanan. Ianya petanda yang kurang baik untuk Argentina.
Namun aksi Messi dimulakan dengan gol penyamaan pada minit ke-12 selepas pertahanan Ecuador kelam kabut dan membuka ruang kepada Lionel Messi. Di Maria membantu Messi dalam gol ini.
Pada minit ke-20, Messi meletakkan Argentina di hadapan. Ecuador jelas sekali mulai sukar untuk menghalang dominasi Argentina.
Bersambung babak ke-2, Lionel Messi menjaringkan hatrik pada minit ke-62 menerusi satu aksi individu yang menarik. Messi hanya memerlukan ruang kecil untuk menjaringkan gol.
Messi is 18 goals away from his 600th senior career goal
BARCELONA 👉 521 in 594 games
ARGENTINA 👉 61 in 122 games
TOTAL 👉 582 in 716 games pic.twitter.com/W1zDxSJ5Nb— MESSISTATS 🐐 (@MessiStats_) October 11, 2017
Misi Chile gagal!
Generasi yang dianggap terbaik dalam bola sepak Chile. Menjuarai Copa America dan kemudian melangkah ke final Piala Konfederasi di Rusia.
Kegagalan mereka menang dalam 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia selepas final Piala Konfederasi memberikan impak kepada Chile.
Ia diburukkan lagi dengan kekalahan mengejut di tangan Bolivia. Chile menang dalam perlawanan sebelum ini ke atas Ecuador untuk menghidupkan semula peluang mereka ke Rusia.
Mereka hanya memerlukan seri dalam perlawanan ini. Namun dalam perlawanan menentang Brazil sebentar tadi, mereka tewas 3-0 dan sekaligus meratapi kegagalan ke Rusia.
Bintang ternama mereka, Arturo Vidal dan Alexis Sanchez mungkin antara nama yang akan dirindui di Rusia kerana sentiasa memberikan impak dalam kejohanan besar.
Paulinho terus cemerlang di hadapan gol untuk kelab dan negara beliau. Paulinho membukan tirai jaringan dalam perlawanan ini. 2 lagi gol adalah menerusi Gabriel Jesus.
Paulinho for Brazil under Tite:
13 games
6 goals
3 assists
1 hat-trickNo stopping him. 🇧🇷 pic.twitter.com/iiDZB4GTxf
— Squawka (@Squawka) October 11, 2017
Colombia dan Peru layak!
Dalam satu lagi perlawanan. Colombia mendahului Peru pada minit ke-56 menerusi James Rodriguez. Dalam kedudukan ini, Peru tersingkir dan Chile mara ke play off.
Namun Peru berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma menarik Paulo Guerero. Colombia cuba bertahan dan Peru mahu menang perlawanan ini untuk merampas slot automatik.
Namun kedudukan kekal sehingga 90 minit. Keceriaan berganda di Estadio Nacional de Lima. Colombia meraikan kejayaan mara secara automatik. Manakala Peru menempah tempat ke play off menentang New Zealand.
Rumusan
4 pasukan yang mara secara automatik ialah Brazil, Uruguay, Argentina dan Colombia. Manakala Peru ke pusingan play off.