Inspirasi Jeremy Perbet, Pemain 32 Tahun Yang Mengejutkan Spurs!

Jeremy Perbet dipilih pada saat-saat akhir untuk menjadi penyerang utama. Ia adalah kepercayaan yang tinggi kepada pemain berusia 32 tahun ini.

Pengurus KAA Gent, Hein Vanhaezebrouck meraikan hari jadi ke-53 beliau dengan dia yang memberikan kejutan kepada penyokong KAA Gent.

Mana tidaknya, beliau melakukan 5 pertukaran termasuk merehatkan penjaring terbanyak mereka Kalifa Coulibaly yang sudah meledak 15 gol musim ini.

Pada awalnya, ramai yang sangsi dengan pemilihan pemain seperti Jeremy Perbet. Twitter rasmi mereka sendiri pening dengan menghantar post ke’dua’belasan utama.

Gershon sepatutnya tidak ada dalam senarai kesebelasan utama.

Lihat sahaja senarai nombor skuad mereka. Paling kecil adalah nombor 15.

Spurs pula menurunkan kesebelasan terkuat mereka di dalam perlawanan ini. Ia adalah respon untuk mereka bangkit daripada kekalahan di tangan Liverpool minggu lalu.

Namun segalanya serba tidak menjadi kepada anak buah Pochettino yang terus terumbang-ambing dalam kempen Eropah musim ini.

Spurs gagal melepasi peringkat kumpulan yang turut dihuni oleh Bayer Leverkusen dan AS Monaco.

Pasukan yang sedang bergelut di Liga Belgium, KAA Gent yang kini menghuni tangga ke-8 Liga berjaya menewaskan Spurs.

Jaringan oleh pemain 32 tahun, Jeremy Perbet pada minit ke-59 sudah cukup untuk memberikan KAA Gent bekalan satu gol.

Ianya selepas hantaran menarik oleh pemain terbaik perlawanan Danijel Milicevic.

Penyokong-penyokong KAA Gent sejak awal separuh masa kedua mulai bersorak dengan chant, We’re Going To Wembley.

Lebih malang untuk Spurs, apabila penyerang utama mereka Harry Kane mengalami kecederaan. Mauricio Pochettino tidak dapat mengesahkan status pemain itu buat masa ini.

Beliau masih menunggu laporan pakar perubatan pasukan tentang status kecederaan Harry Kane.

Namun ia bukanlah tugas terlalu sukar untuk Spurs kerana selepas ini mereka akan beraksi di London. KAA Gent hanya ada kelebihan 1 gol.

KAA Gent perlu fokus dalam perlawanan kedua nanti dengan kelebihan 1 gol yang ada dan cuba mencari gol di tempat lawan.

Baca juga: Ibrahimovic Ledak Hat-Trik, Manchester United Selangkah Ke Pusingan 16 Pasukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN