“Inspirasi Ajax Amsterdam” – Stadium Shah Alam Bakal Tampil Serba Baharu

Di sebalik cerita sedih mengenai Stadium Shah Alam yang agak terbiar sejak beberapa lama, ada berita gembira yang mungkin bakal disenangi oleh para penyokong bola sepak khususnya peminat Selangor mengenai masa depan stadium tersebut.

Dikhabarkan kerajaan negeri Selangor telah pun Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi memberi nafas baharu buat Stadium Shah Alam serta segala fasiliti sukan di sekelilingnya agar dibangunkan kembali dengan kos sekitar RM787 juta.

Menurut Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor, beliau menjelaskan kerajaan negeri sudah pun selesai menyerahkan surat niat (LOI) kepada MRCB selepas melalui proses agak panjang dan diberi penelitian baik pada tahun 2013 dengan membabitkan 15 syarikat.

“MRCB dipilih berdasarkan kemampuan teknikal dan kewangan mereka, malah syarikat itu pernah terlibat dengan projek baik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017 dengan kos berjumlah RM1 bilion,” katanya pada sidang media, di sini, semalam menerusi Bernama.

Sebelum itu, beliau menjadi saksi untuk majlis penyerahan LOI tersebut oleh Datuk Haris Kasim selaku Setiausa Kerajaan Negeri Selangor kepada Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan yang merupakan Naib Presiden Eksekutif MRCB.

Menurut Amirudin, projek tersebut juga bakal dilaksanakan secara perkongsian awam-swasta serta MRCB bakal menanggung kos pembangunan itu tanpa membabitkan dana awam, selain syarikat ini bakal dianugerahkan pertukran tanah kawasan sekitarnya bagi dibangunkan.

Tambah beliau lagi, seawal tahun hadapan bakal menyaksikan projek tersebut mula dijalankan dan dijangka siap pada tahun 2026 seiring dengan pembinaan stesen Aliran Transit Ringan (LRT) 3 yang berdekatan dengan kawasan kompleks berkenaan.

“Stadium Shah Alam ini akan diinspirasikan berdasarkan Stadium Ajax Amsterdam dengan kapasiti sekitar 60,000 ke 70,000 penonton,” katanya.

Dalam masa sama, Amirudin juga menyenaraikan segala kerosakan dialami oleh Stadium Shah Alam apabila meliputi bilik persalinan, elektrik, tempat duduk penonton, serta beberapa kawasan lagi disebabkan kejadian banjir sebelum itu.

Untuk rekod, kos pembinaan stadium tersebut telah menelan belanja sebanyak RM400 juta dan telah dirasmikan pada tahun 1994.

Seterusnya, Amirudin juga berkata satu pameran mengenai pembinaan kompleks tersebut bakal diadakan pada September ini untuk orang ramai mengetahui serta memahami rancangan pembangunan tersebut serta boleh berkongsi maklum balas mereka pada pameran itu.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN