Liverpool tewas 3-0 kepada Napoli dalam perlawanan persahabatan – tujuh hari sebelum juara eropah itu berhadapan Manchester City di perlawanan Piala Komuniti Inggeris.
Lorenzo Insigne cemerlang dan terlibat dengan ketiga-tiga gol tersebut dalam perlawanan yang diadakan di Murrayfield, Scotland.
Kekalahan ini juga bermakna Liverpool tidak menang dalam empat perlawanan persahabatan sepanjang jelajah pra musim ini.
Insigne terlebih dahulu meletakkan Napoli di hadapan pada minit ke-17 sebelum membantu Arkadiusz Milik menjaringkan gol kedua dengan hantaran lintang rendah pada minit ke-28 perlawanan.
Amin Younes menjadikan kedudukan 3-0 buat Napoli selepas pemain itu menyambar bola muntah hasil percubaan Insigne tidak lama selepas babak kedua perlawanan bersambung.
Napoli 3-0 Liverpool FT:
17′: ⚽️ Insigne
29′: ⚽️ Milik
52′: ⚽️ YounesThe Reds slump to another pre-season defeat. pic.twitter.com/kAUIzGmsFu
— Squawka News (@SquawkaNews) July 28, 2019
Pemain baharu Liverpool, Harvey Elliot turut melakukan penampilan pertama sebagai pemain gantian selepas ketibaan beliau diumumkan daripada Fulham.
Permainan juara eropah itu pada keseluruhan tampak berkarat. Beberapa kesilapann di bahagian pertahanan menyebabkan mereka dihukum sehingga ketinggalan 2-0 – walaupun permainan belum lagi melangkaui 30 minit.
Walaupun beraksi tanpa beberapa pemain utama seperti Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Alisson, tujuh daripada 11 pemain yang memulakan perlawanan adalah dari kalangan barisan pemain yang sama ketika Liverpool menewaskan Totenham Hotspur di perlawanan akhir UEFA Champions League musim lalu.
Lorenzo Insigne starred as a poor Liverpool performance was punished with a 3-0 defeat to Napoli at Murrayfield.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 28, 2019
Empat pemain yang dinyatakan di atas masih lagi bercuti selepas komitmen antarabangsa dengan pasukan kebangsaan masing-masing sepanjang tempoh musim panas yang lalu.
Pemain tengah dari Belanda, Georginio Wijnaldum mengakui ia adalah persembahan buruk dari Liverpool dalam perlawanan menentang Napoli, dan berpendapat rata-rata pemain tidak memberikan fokus 100%.
“Ia bukan permainan terbaik kami,” ujar Wijnaldum kepada LFC TV.
“Perkara yang biasanya kami lakukan dengan betul – pressing dan bermain bola sepak menarik – tidak kami lakukan.
“Jika anda bermain seperti hari ini, ia amat sukar. Kami tidak melakukannya sebagai sebuah pasukan, dan telah melakukan banyak kesilapan.
“Ia adalah mengenai untuk mendapatkan minit permainan, tetapi anda juga harus mendapat keputusan yang positif. Kami harus belajar dari [kesilapan] ini.”