Insiden Tolak Pengadil: Subkhiddin Salahkan Jack Hindle, Pengadil

Pengadil Jack Hindle Kelantan FC Perak II 2021 Subkhiddin
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Menurut bekas pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh, Jack Hindle dan pengadil perlawanan Kelantan FC menentang Perak II, kedua-duanya adalah bersalah.

Sebelum itu, insiden melibatkan Hindle menolak pengadil perlawanan, Amirul Aizat Mohd Lodin sehingga jatuh menjadi tular di media sosial. Penyerang baharu Kelantan itu bagaimanapun terlepas daripada sebarang hukuman daripada pengadil.

Amirul Aizat sebelum itu didapati menghadang percubaan yang mahu dilakukan oleh Hindle yang menyebabkan beliau naik angin sehingga menolak pengadil tersebut. Menurut Subkhiddin, ia boleh menyebabkan penyerang itu menerima kad merah.

Kata Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu kepada Berita Harian, “Untuk pengadil itu, mungkin ini kali pertama berlaku pada dia dan dia pun tak pasti nak ambil keputusan apa. Tapi keputusan yang sepatutnya adalah kad merah kepada pemain itu kerana ia kesalahan berkelakuan ganas.”

“Jadi, kalau pengadil itu tidak pasti untuk mengambil keputusan, dia ada ‘match official team’, jadi kumpulan ini dia ada lagi pembantu pengadil 1, pembantu pengadil 2 dan ada pegawai keempat. Sebelum memulakan kembali perlawanan mereka patut bincang, ini kesalahan ganas membabitkan kelakuan pemain.

“Jadi, kalau hari ini kita lepas, esok kalau orang lain buat dan kita bagi kad merah, orang tidak akan percaya,” ulas Subkhiddin mengenai isu yang tular tersebut.

https://twitter.com/Irfanasyraf_/status/1368156824214544389

Bercakap pula dari sudut kedudukan pengadil, menurut Subkhiddin, beliau mengakui yang pengadil berkenaan berada pada posisi yang salah hingga menyebabkan insiden itu telah berlaku, namun tiada kesalahan dari sudut undang-undang permainan.

“Pengadil salah posisi, itu tak salah dari segi undang-undang. Tapi pemain, bila anda tidak dapat menahan emosi dan kelakuan, undang-undang akan ambil tindakan. Ini di bawah klausa kelakuan ganas. Pengadil ini salah mungkin dari segi kekurangan pengalaman, mungkin dia pengadil dalam proses untuk diketengahkan.

“Yang baik adalah ia jadi satu pengajaran. Pengajaran bukan untuk pemain (Hindle) atau pengadil (Amirul) itu sahaja. Tapi untuk semua orang, ini satu pengajaran yang hebat yang mana pemain tidak boleh buat macam itu dan sebagai pengadil perlu berhati-hati di kawasan penalti,” ulas Subkhiddin lanjut.

Begitupun, beliau yang kini merupakan seorang tenaga pengajar pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak pasti sama ada pihak Malaysian Football League (MFL) akan membuat hukuman atau tidak berdasarkan rakaman video tersebut.

KREDIT FEATURED IMAGE: BERITA HARIAN

Baca lagi artikel lain mengenai pengadil perlawanan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN