Para pemain bola sepak profesional di England menzahirkan kebimbangan mereka tentang keselamatan selepas Jack Grealish diserang dan ditumbuk oleh penyokong Birmingham.
Paul Mitchell, penyokong Birmingham yang berusia 27 tahun telah ditahan polis kerana kesalahan tersebut. Paul menceroboh padang dalam aksi derbi Midlands dan kemudiannya menumbuk Grealish dari belakang sehingga pemain itu terjatuh.
https://twitter.com/Nes_mk2/status/1104917049871134720
Pada hari yang sama, di Emirates, seorang penyokong Arsenal ditahan kerana menceroboh padang dan menolak Chris Smalling untuk meraikan gol kedua Arsenal.
Pada musim ini juga di Scotland, James Tavernier dikonfrontasi penyokong Hibernian.
Kapten Man. United, Ashley Young menyatakan situasi itu perlu dikawal kerana boleh memudaratkan keselamatan pemain.
“Ini sudah kali ke-3 kes penyokong berjaya menceroboh masuk ke dalam padang. Bagaimana kalau mereka ada membawa sesuatu? Ini pastinya akan membahayakan pemain. FA England, Premier League dan FIFA perlu meneliti perkara ini.”
“Sesuatu harus dilakukan. Mungkin dengan menambah bilangan pembantu stadium. Hari ini berlaku kepada Grealish dan kemudiannya kepada Smalling. Sesuatu harus dilakukan.”
Berbalik kepada Derbi Midlands – selepas diserang oleh penyokong lawan, Jack Grealish telah berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukannya.
https://twitter.com/avfcgoals/status/1104882769207984128
Selepas tamat perlawanan Grealish menyatakan ianya salah satu detik terbaik dalam hidupnya. Diserang di atas padang, kemudian menjaringkan gol kemenangan dalam derbi Midlands sebagai kapten.
🗣 Reporter: "How would you describe what's happened to you today?"
🗣 Jack Grealish: "It's the best day of my life. I've captained Aston Villa and I've scored the winner." pic.twitter.com/3MGriIn08v
— Football Talk (@FootballTalkHQ) March 10, 2019
Grealish tetap berharap insiden seperti itu tidak berlaku lagi. Beliau berkata: “Saya berjalan untuk mengambil posisi saya, dan tiba-tiba ada merasakan satu tumbukan di pipi. Perkara seperti itu tidak boleh diterima sama sekali.”
Berikutan insiden itu, Birmingham kini berhadapan dengan hukuman berat seperti bermain di stadium kosong dan pemotongan mata.
Birmingham sudah menyatakan kekesalan dan meminta maaf kepada Jack Grealish di atas apa yang berlaku. Ketika insiden itu juga beberapa penyokong di Tilton End memberikan tepukan kepada Mitchell.
Aston Villan menganggap apa yang berlaku itu sebagai sudah melampaui batas. Mereka mengutuk serangan ke atas Grealish sebagai perkara yang memalukan.
“Sempadan merah sudah diceroboh oleh si pengecut yang masuk ke padang dan menyerang pemain, ianya tiada tempat di dalam bola sepak Inggeris.”
Pundit terkemukan – Gary Neville menuntut agar hukuman berat dijatuhkan kepada pesalah yang menyerang Grealish.
Mitchell mengaku bersalah di atas kelakuan beliau.
BREAKING: Paul Mitchell pleads guilty to charges of pitch invasion and assault on @AVFCOfficial midfielder Jack Grealish. #SSN pic.twitter.com/XSED4UZzIY
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 11, 2019