Insiden Serang Pengadil, Aidil Zafuan Digantung 4 Perlawanan & Denda RM21 Ribu

Pertahanan tengah Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Razak dijatuhkan hukuman gantung 4 perlawanan dan denda RM21,040 (US$5,000) kerana melanggar artikel 50.1 AFC.

1 penggantungan adalah secara automatik dan 3 lagi adalah kerana kesalahan tatatertib selepas penilaian oleh Lembaga Tatatertib AFC.

Insiden Aidil Zafuan menyerang pengadil ketika perlawanan menentang Hong Kong pada 15 September lalu telah menyebabkan pemain tersebut dibuang padang.

Aidil ketika itu membantah keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada Hong Kong. Pengadil perlawanan yang bertugas, Christopher Beath membuat aduan bahawa Aidil telah menyerang beliau secara verbal dengan kata-kata kesat dan kelakuan agresif.

Penggantungan ini membuatkan Aidil tidak boleh terlibat di dalam  3 perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada 5 Oktober, menentang Hong Kong pada 10 Oktober dan menentang Lebanon di Beirut pada 27 Mac 2018.

1 lagi penggantungan akan ditentukan dalam mana-mana perlawanan antarabangsa selepas ini.

Pihak AFC juga memberikan amaran agar Aidil Zafuan tidak sesekali mengulangi kesalahan yang sama atau beliau menerima hukuman yang lebih berat.

Kesalahan menyerang pegawai perlawanan sama ada secara fizikal mahupun verbal adalah kesalahan berat walaupun ia dilakukan pada kadar yang sedikit sahaja.

Bintang sensasi dunia, Lionel Messi digantung 4 perlawanan selepas mencarut dengan pengadil namun beliau berjaya memenangi rayuan untuk pengurangan penggantungan oleh FIFA.

Pada awal musim ini, Cristiano Ronaldo telah menyentuh pengadil selepas tidak berpuas hati dituduh melakukan simulasi dan beliau digantung 5 perlawanan oleh La Liga.

Dalam perlawanan Piala AFC melibatkan JDT dan Ceres Negros, rakan sepasukan Aidil, Farizal Marlias digantung setahun oleh AFC kerana menolak pengadil.

Diharap pemain-pemain profesional kita mengambil iktibar di atas semua ini. Di dalam liga domestik kita sendiri, kelakukan pemain dengan pengadil juga harus dikawal dengan lebih tegas.

Pegadil adalah PEGAWAI PERLAWANAN!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN