Insiden Mac 2024 Klu Mengapa Kim Pan-gon Letak Jawatan

Petang 16 Julai 2024, ianya rasmi. Kim Pan-gon sah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan. Selepas 907-hari, 35-perlawanan, 20-kemenangan, 5-seri, dan 10-kekalahan, era jurulatih dari Korea Selatan ini tidak lagi mampu dipertahankan.

FAM dalam kenyataannya pada petang 16 Julai memberitahu, Pan-gon telah menyatakan hasrat untuk memendekkan kontraknya (yang bakal berakhir Disember 2025) lebih awal. “Kita cuba untuk memujuk beliau supaya mempertimbangkan semula hasratnya itu tetapi pada akhirnya, pihak pengurusan dan Jawatankuasa Eksekutif FAM menghormati keputusan beliau dan bersetuju untuk melepaskan Pan-gon dengan persetujuan bersama,” umum Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi.

Jika diteliti sorotan berita bola sepak tempatan, desas-desus niat Kim Pan-gon itu telah pun bertiup pada hujung Mac 2024 lepas.

Mengulas lanjut berita ini, peminat bola sepak Piang Shankly kemudian menerbitkan tweet ini untuk mendedahkan puncanya.

Kim Pan-gon seakan sudah dapat mengagak nasibnya apabila memohon peminat supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang pasukan ranking ke-80 dunia, Oman.

“Sebagai contoh, dua perlawanan Piala Asia, kita tidak bagus terutama pada perlawanan pertama (menentang Jordan). Apa yang berlaku selepas perlawanan pertama itu apabila ada yang mahu saya meletakkan jawatan.

“Itu sesuatu pada saya tidak adil. Dua tahun terakhir kami telah beri yang terbaik, dan selepas tewas perlawanan itu anda minta saya berundur.

“Itu bagi saya amat mengecewakan dan melukakan hati saya. Sekarang ini (saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027) kita menang dua perlawanan, tetapi anda perlu lihat situasi.

“Tiada liga, tiada pramusim. Keadaan ini mungkin tidak akan dapat memberikan keputusan yang dimahukan (menentang Oman), jadi adakah anda mahu menyerang saya lagi?” katanya.

Seperti yang kita tahu, Malaysia tewas dalam kedua-dua perlawanan tersebut—sekaligus menyukarkan misi layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak ke Piala Asia 2027 secara automatik.

Susulan kekalahan tersebut, Kim Pan-gon teruk dihentam. Sedangkan beliau sebenarnya telah diberikan ‘handicap’ untuk menyiapkan pasukan. Antara handicap yang terpaksa diterimanya:

  1. Pemain tidak dapat dikumpulkan lebih awal. Ia sekali gus mempengaruhi perancangan asal untuk menghantar skuad kebangsaan menjalani kem latihan pusat dan bermain dua perlawanan persahabatan di Dubai. (Sumber)
  2. FAM bertegas mahu skuad kebangsaan menentang pasukan berstatus negara sebagai persiapan menentang Oman. Sedangkan Pan-gon meminta untuk menentang pasukan kelab. Akhirnya FAM menyediakan aksi menentang Nepal selama 140 minit sebagai pemanas badan. (Sumber)
  3. Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang buruk. Akibatnya skuad negara tidak mendapat kelebihan sebagai tuan rumah kerana latihan sehari sebelum perlawanan di SNBJ dipindah ke tempat lain. (Sumber)

Sebagai ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon sepatutnya diberikan pemain terbaik, fasiliti terbaik dan sokongan penuh.

Apapun ribuan terima kasih harus diberikan kepada Kim Pan-gon atas sumbangannya kepada bola sepak negara dalam tempoh dua tahun yang singkat ini. Dalam masa dua tahun lebih, ranking FIFA skuad negara naik dari tangga 154 ke 135 dunia. Malaysia juga layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama dalam masa 43 tahun, hasil bimbingannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN