Impak Insiden Letupan Bas Borussia Dortmund: Antara Keuntungan Wang Atau Keselamatan Pemain?

Menyusuri insiden bas yang membawa pasukan Borussia Dortmund ke perlawanan suku akhir UEFA Champions League di Westfallenstadion diserang bom tempoh hari membawa kepada persoalan demi persoalan mengenai keselamatan dalam bola sepak masa kini.

Artikel ini cuba meninjau kesan insiden tersebut baik kepada pemain serta pasukan yang terlibat dalam insiden tersebut iaitu Borussia Dortmund.

Keadaan jadi tak menentu

Kesan pertama yang dialami dari insiden ini adalah pemain Dortmund, Marc Bartra yang cedera di tangannya.

Kecederaan yang dialaminya memaksa Bartra mendapatkan rawatan segera di hospital.

Sementara penyokong-penyokong AS Monaco pula terpaksa terus berada di Dortmund untuk satu malam lagi.

Isu yang ditangani dengan begitu cekap dan cukup terpuji apabila Borussia Dortmund melancarkan kempen di media sosial dengan hashtag #BedForAwayFans.

Perkara ini dilakukan bagi membantu penyokong-penyokong AS Monaco mendapatkan tempat tinggal untuk terus berada di Dortmund untuk satu malam lagi.

https://twitter.com/GEOwarriorN1/status/851920419166846976

Pengurus Dortmund Thomas Tuchel mendedahkan yang beliau dimaklumkan pihak UEFA mengenai tarikh baharu perlawanan antara pasukannya dengan AS Monaco hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Tuchel, beliau agak terkejut kerana tarikh baru itu hanyalah sehari selepas insiden yang hampir meragut nyawa beliau dan pemain-pemainnya.

Tuchel pada mulanya mengharapkan tarikh baru perlawanan tersebut dilangsungkan selang beberapa hari selepas insiden tersebut.

Di sini timbulnya persoalan, apakah yang diutamakan oleh UEFA dalam membuatkan keputusan tersebut?

Ketika mengumumkan tarikh baru perlawanan tersebut, UEFA menggunakan alasan yang perlawanan harus dilangsungkan segera memandangkan pusingan kedua aksi kedua suku akhir UCL ini adalah pada minggu hadapan.

Justeru, perlawanan pusingan pertama harus dilangsungkan segera. Tetapi tidak adakah sikap timbang rasa untuk UEFA mempertimbangkan kemungkinan yang pemain tidak bersedia untuk perlawanan tersebut?

Jawapan kepada persoalan tersebut diluahkan oleh bekas pemain Liverpool – Nuri Sahin.

Ketika ditemu bual selepas perlawanan yang dimenangi AS Monaco dengan keputusan 2-3, Sahin mendedahkan yang beliau langsung tidak berada dalam mood perlawanan ketika perlawanan antara Borussia Dortmund dengan AS Monaco.

Menurut Sahin, beliau hanya berada dalam mood perlawanan ketika separuh masa kedua.

https://www.youtube.com/watch?v=nJ62SWbnwhw

Sesuatu yang tidak mustahil kerana pastinya rasa trauma itu masih ada pada Sahin dan juga turut dirasai oleh pemain Borussia Dortmund yang lain.

Malah rasa trauma itu menyaksikan Dortmund ketinggalan 0-2 sebelum mereka masuk ke bilik persalinan ketika rehat separuh masa pertama.

Keuntungan atau keselamatan?

Rasa trauma itu pastinya bertambah lagi apabila pihak polis mengumumkan yang salah satu pin bom yang digunakan ketika insiden tersebut ditemui pada salah satu headrest bas pasukan Borussia Dortmund.

Bayangkan jika anda berada di salah satu kerusi dalam bas tersebut? Apa yang anda rasakan? Bersediakah anda untuk beraksi dalam perlawanan berskala tinggi sehari selepas insiden mengerikan itu berlaku?

Insiden letupan bas Borussia Dortmund ini sebenarnya membawa kepada lebih banyak persoalan tentang dunia bola sepak masa kini.

Apa yang kepentingan pihak penganjur kejohanan? Keselamatan pemain atau kantung kewangan?

Apakah peranan pihak media yang menjadi penyiar rasmi kejohanan tersebut? Mana yang perlu diutamakan? Waktu siaran perlawanan, jumlah penonton atau kebajikan pemain yang beraksi?

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Nora Wahid. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam bentuk MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Simon Mignolet: Awalnya Disisih Sepi Kini Dijulang Sebagai Wira

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN