Tatkala saingan Liga Indonesia kembali berlangsung, pastinya ramai sudah menganggap tiada lagi sebarang insiden keganasan akan kembali berlaku dalam kalangan penyokong serta pemain.
Namun sebaliknya berlaku, apabila giliran bas Arema FC pula diserang dengan layangan bata konkrit daripada para penyokong sebaik sahaja perlawanan membabtikan pasukan tersebut bersama PSS Sleman.
🚨 | ATTACKED, the bus boarded by Arema FC players was attacked by unscrupulous supporters after the match against PSS Sleman.
This attack broke the glass of the bus and the players ran to the front of the bus to avoid the broken glass. #AremaFC #PSSvsAremaFC #psssleman pic.twitter.com/eR7cfHmWbK
— Mozaboys (@Mozaboys14) January 26, 2023
Dilaporkan bas tersebut diserang oleh sekelompok besar penyokong lawan, sebaik sahaja kenderaan tersebut keluar dari perkarangan stadium dan menyebabkan kerosakan besar berlaku.
Tindakan tersebut bukan sahaja menyebabkan banyak kerosakan terjadi di sekeliling bas, malah ia menyebabkan beberapa pemain serta staf kejurulatihan turut terkena tempias daripada keganasan tersebut.
Menurut Bola.com hampir semua kaca di sekeliling bas pecah serta retak disebabkan oleh bata konkrit yang dilemparkan oleh penyokong pasukan lawan, PSS Sleman.
Antara yang menjadi mangsa keganasan tersebut ialah pemain import Arema yang beraksi selaku penjaga gol iaitu Adilson Maringa yang terkena serpihan kaca.
Selain itu, pertahanan kental Arema yang masih lagi muda iaitu Achmad Figo turut menerima nasib yang sama seperti Adilson turut mengalami beberapa luka di tubuhnya kerana menerima serpihan kaca.
Kedua pemain tersebut terpaksa menerima rawatan susulan selepas bas yang dibawa tiba di hotel penginapan dan dikhabarkan tiada kecederaan serius melanda mereka menurut laporan.
Selain itu, staf kejurulatihan turut mengalami kecederaan impak daripada lontara bata tersebut dengan pembantu pengendali Arema, Kuncoro antara mangsa kejadian.
Kuncoro dilaporkan mengalami kecederaan yang sangat serius di bahagian lutut kirinya dan terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan hotel penginapan oleh pegawai medik.
Pelemparan Bus pemain @AremafcOfficial pasca pertandingan vs PSS Sleman.
Apakah ini di benarkan?, tentu tidak.
Ironis.Paling benar ini emang para pemain keluar dari tim ini mental sebagai pemain sepak bola hancur kalau terus ikut tim yg managemennya inya inyi. pic.twitter.com/GuPllnl3Ry
— Allen Armawinanta (@NohAllen_12) January 26, 2023
“Saya terpaksa menerima lapan jahitan di lutut kiri kerana impak serpihan kaca hasil keganasan tersebut untuk melindungi para pemain.
“Bukannya saya cuba bertindak sebagai hero, tetapi ketika itu saya melindungi para pemain dengan mengarahkan mereka menjauhi tingkap bas. Hasilnya, ada serpihan besar kaca yang mengenai lutut kiri saya,” jelas Kuncoro menerusi Bola.com.
Pengurus kelab, Wiebie Dwi Andiyas jelas sangat kecewa dengan kejadian tersebut dan akan mengadakan protes kepada pihak pengelola liga kerana tidak memberi jaminan keselamatan buat mereka.
Malah, sebelum perlawanan bermula lagi sudah ada beberapa masalah yang dibuat oleh penyokong lawan, seperti mencipta provokasi dan kata-kata berbaur rasis kepada mereka.