Insiden Di Stadium Bukit Jalil: Indonesia Mahu Malaysia Mohon Maaf

Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia telah meminta Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menjelaskan insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia pada Selasa lepas.

Setiausaha Kemenpora, Gatot S Dewa Broto menjelaskan beliau menerima laporan bahawa penyokong Indonesia yang hadir ke stadium dalam perlawanan itu telah diancam oleh penyokong Malaysia.

Kredit Foto: Twitter Gatot S Dewa Broto

Penyokong Indonesia juga dikatakan telah diprovokasi oleh penyokong Malaysia di luar stadium termasuk dibaling dengan objek selepas perlawanan berakhir.

Berikutan kejadian itu, penyokong Indonesia tidak dibenarkan untuk meninggalkan stadium sehinggalah keadaan kembali terkawal

Oleh yang demikian, Gatot mahu Malaysia memohon maaf kepada penyokong Garuda sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku.

“Kami belum dapat laporan lengkap dari PSSI kerana mereka tidak memberitahu mengenai perkara tersebut kepada kami.Tapi yang jelas kami akan lihat kembali insiden tersebut.

“Esok akan ada pertemuan antara kami dan PSSI dan kami akan tanyakan mereka mengenai insiden di Kuala Lumpur itu,” katanya lagi.

Menurur Gatot lagi, beliau tidak menolak kemungkinan untuk melaporkan insiden berkenaan kepada FIFA selepas meneliti segala laporan dan mendapati ianya benar-benar berlaku.

“Kita [lihat] bagaimana perkembangannya kerana semasa di Stadium Gelora Bung Karno, ia sangat besar dan memalukan. Tetapi kita akan lihat dulu jika sangat serius kami akan menghantar surat kepada FIFA.

“Tapi sebenarnya jika insiden itu kecil atau besar sekali pun, pemerintah di sana [Malaysia] setidaknya mengutus surat [permintaan maaf] lah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN