Baru-baru ini perlawanan separuh akhir Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun di antara Malaysia menentang Indonesia berakhir dengan insiden panas selepas skuad kendalian Bojan Hodak itu menewaskan tuan rumah melalui penentuan sepakan penalti.
Selepas mengesahkan tiket ke perlawanan akhir, para pemain Malaysia dibaling objek oleh penyokong yang tidak dapat menerima kekalahan itu, ketika Harimau Muda mahu masuk ke bilik persalinan.
Berikutan kejadian itu, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi, memohon maaf atas tindakan provokasi penyokong tuan rumah di Stadium Gelora Delta Sidoarjo itu.
Beliau membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi entri di Instagramnya dengan memuat naik gambar pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semalam.
“Banyak hal dibicarakan, soal persiapan Sukan Asia 2018, harmoni Indonesia-Malaysia, juga soal tekwan dan pempek (masakan khas) Palembang yang pedas, soal kawasan Sport City Jakabaring, sampai soal keluarga dan karier.
“Soal perlakuan supporter kepada timnas Sepakbola u/19 Malaysia di Piala AFF di Sidoarjo, saya harus mohon maaf atas peristiwa tidak nyaman itu kepada beliau dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Walaupun ada rintangan di hadapan kita,
Kita akan laluinya bersama💪🏻Perjumpaan yang sangat produktif bersama Menteri Pemuda & Olahraga Indonesia & Bapak Presiden Jokowi.
Permohonan maaf dari Menteri berkenaan insiden U-19 Harimau Muda. Kita selesaikan bersama.#YouthPower pic.twitter.com/MhClbI5slr
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 14, 2018
Syed Saddiq turut menonton perlawanan akhir di Surabaya dan sempat meraikan kejayaan dengan skuad bawah 19 tahun negara yang muncul juara setelah menewaskan Myanmar, 4-3.
Malah beliau meninggalkan tempat duduk VIP dan hanya mahu berada bersama para penyokong Malaysia di bangku penonton.
Nama mereka akan tercatat dalam buku sejarah. History is created! Congratulations Harimau Muda. You’ve made us all proud! This is us shouting our lungs out…AGAIN.#MalaysiaBoleh#YouthPower https://t.co/0IcqR9BVcI
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 14, 2018
Tabik hormat kepada petugas keselamatan Indonesia yang cuba mengawal keadaan dan memastikan pemain-pemain muda kita selamat keluar dari stadium.
Semoga di masa hadapan insiden ini tidak berulang. Jangan ada sampai nyawa melayang baru kita semua nak terngadah.
Kita kan serumpun. Seteru itu tidak mengapa tetapi jangan bermusuhan lebih daripada sempadan bola sepak.