Firma arkitek dari Switzerland, Herzog & de Meuron, telah mengumumkan pelan stadium baru Chelsea untuk menggantikan Stamford Bridge.
Herzog & de Meuron telah dilantik oleh Chelsea untuk mereka bentuk stadium yang bakal menelan belanja £500 juta ini.
Stadium baru Chelsea ini boleh memuatkan 60,000 penonton pada satu-satu masa, berbanding 42,000 yang ditampung Stamford Bridge ketika ini.
Gambar dan model stadium baru Chelsea ini belum disebarkan secara rasmi oleh media. Tetapi ia telah dipertontonkan kepada orang ramai semasa perjumpaan konsultansi awam yang dianjurkan Chelsea.
Herzog & de Meuron merupakan salah satu firma arkitek terkemuka di dunia. Mereka dilantik untuk mereka bentuk stadium baru FC Girondins de Bordeaux yang dinamakan Matmut Atlantique.
Mereka juga pernah mereka bentuk Stadium Nasional Beijing (atau dikenali sebagai Stadium Sarang Burung) dan Allianz Arena di Munich.
Stadium baru Chelsea ini dijangka akan siap pada tahun 2020.
Baca juga: PENYOKONG CHELSEA RAYU MOURINHO TIDAK MENANDATANGANI FALCAO