Ketika England sedang buntu mencari gol menentang Scotland, mereka dilihat cukup lemah dari segi kreativiti untuk menyerang.
Sewaktu perlawanan, setiap kali kamera menfokuskan lensanya kepada pemain bernama Jack Grealish di tepi padang maka bersoraklah penyokong tuan rumah.
Mereka melihat ada harapan yang boleh dijelmakan oleh bintang Aston Villa itu dan apabila beliau masuk menggantkan Phil Foden pada minit ke-63, semangat The Three Lions mula melonjak.
Akan tetapi, harapan setinggi gunung berderai menjadi debu, Kemasukan Grealish gagal menjelmakan tiga mata buat England sekali gus terpaksa berpuas hati sekadar seri dengan musuh tradisi.
Tetapi apa puncannya kemasukan Grealish gagal memberikan impak?
Selain daripada persembahan kemas pertahanan Scotland dalam perlawanan tersebut, unsur psikologi juga memainkan peranan dalam usaha merosakkan permainan pemain itu.
Menurut pertahanan Scotland, Stephen O’Donnell, beliau yang ditugaskan mengawal Grealish yang beraksi di sebelah kiri menggunakan tips mudah yang diberikan oleh John McGinn.
Tips yang diberikan adalah memuji Grealish sebagai seorang yang kacak!
“Nasib baik, John McGinn ada berikan saya tips [untuk mengawal Jack Grealish]. Apabila dia datang, bisik telinga beliau tetapi jangan memaki sebaliknya puji.”
“Jadi sepanjang masa saya memuji Grealish betapa kacaknya beliau dan sukanya saya kepada betisnya.”
Stephen O'Donnell on Jack Grealish:
"Thankfully, John McGinn had been giving me some tips. He said, if he comes on, get nibbling in his ear, but don't be critical, be complimentary. So the full time he was on I was telling him how good looking he was, and I loved his calves." pic.twitter.com/4O4VEZ8h7o
— Footy Accumulators (@FootyAccums) June 20, 2021
Tips yang dipakai O’Donnell itu berjaya menyekat Grealish dan beliau berhasil menebus kembali persembahan buruknya ketika menentang Republik Czech tempoh hari.
Untuk rekod, McGinn merupakan rakan sepasukan Grealish di Villa.
Baca juga artikel terkini kami mengenai Euro 2020:
[VIDEO]: Cristiano Ronaldo Berlari Sepantas 32KM/J Untuk Gol Pertama Portugal
Diajar Jerman Tanpa Ampun, Portugal Hasilkan 3 Rekod Mengaibkan Euro 2020 Sekaligus
Bermain ‘Seperti De Paula’, Harry Kane Dikritik Selepas 2 Perlawanan