Legenda hidup Barcelona, Andres Iniesta beramah mesra di hadapan kira-kira 40,000 penyokong Vissel Kobe dalam penampilan di khalayak ramai beliau yang pertama sejak menyertai kelab tersebut.
Penyokong-penyokong sangat teruja dengan kehadiran bintang tersebut. Iniesta adalah pemain yang sudah memenangi segala trofi dalam karier beliau termasuk UCL, Piala Duni dan Euro.
Iniesta setuju dengan kontrak 3 tahun bersama kelab tersebut. Menjadi pemain bergaji termahal dalam sejarah Liga Jepun dengan pendapatan $30 juta setahun.
Iniesta dialu-alukan penuh meriah di stadium Kobe. Majlis yang dihadiri pemilik Viseel Kobe, Hiroshi Mikitani. Iniesta akan memakai nombor 8. Iniesta berkata:
“Ini adalah cabaran besar untuk saya. Saya bertekad untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada pasukan ini.”
“Saya rasa, satau patut mengejar objektif peribadi dan juga objektif bola sepak. Seboleh-bolehnya, saya mahu membantu kelab ini menakluki Asia.”
Beliau juga memberitahu akan cuba menamatkan karier beliau di kelab tersebut. Namun mengakui apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.
Liga Jepun pastinya mengharapkan Iniesta menjadi faktor penarik untuk menaikkan publisiti liga tersebut yang dibayangi oleh Liga Super China.
Mereka pernah mendapatkan nama besar seperti Zico dan Lineker dalam liga mereka pada satu ketika dahulu. Andres Iniesta akan bergandingan dengan seorang lagi legenda iaitu Lukas Podolski.
Selamat datang ke Asia, Andres Iniesta.