Iniesta Setuju Tawaran Kontrak Seumur Hidup Dengan Barcelona

Pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta mempersetujui kontrak baru yang digelar “lifetime contract” ataupun kontrak seumur hidup dengan Barcelona.

Pemain kebangsaan Sepanyol ini yang berusia 33 tahun telah muncul dalam 639 penampilan untuk Barcelona menjadikan beliau pemain kedua paling banyak bermain untuk Barcelona.

Iniesta setakat ini sudah pun menjaringkan 55 gol untuk kelab Catalan tersebut. Beliau menyertai Barcelona sejak berusia 12 tahun melalui akademi La Masia pada 1996.

Beliau melakukan debut senior bersama Barcelona pada Oktober 2002. Setakat ini sudah memenangi 8 La Liga dan 4 UCL bersama Barca. Ini menjadikan beliau dan Lionel Messi sebagai pemain terbanyak memenangi trofi untuk Barcelona.

Beliau juga menjadi kapten Barcelona sejak 2015.

Di peringkat kebangsaan, Iniesta sudah memenangi 2 kejohanan Eropah. Dan tidak lupa jaringan beliau pada masa tambahan pada Piala Dunia 2010 telah membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia di Afrika Selatan.

Dalam kenyataan rasmi Barcelona, mereka menyatakan:

“Andres Iniesta baru sahaja menandatangani kontrak seumur hidup dengan FC Barcelona pada Jumaat, perjanjian yang akan mengekalkan pemain ini di kelab ini untuk keseluruhan karier beliau.”

Iniesta gembira dengan kontrak istimewa ini dan berkata:

“Ini adalah hari yang sangat istimewa untuk saya, kerana ianya bermaksud saya akan kekal di rumah saya, tempat saya terus menanam impian dan mengejar perkara-perkara yang lebih hebat bersama kelan ini.”

“Di sinilah tempat saya membesar dan membangun sebagai seorang pemain.”

Berita yang pasti menggembirakan penyokong Barcelona. Sebelum ini Iniesta menangguhkan dahulu soal melanjutkan kontrak kerana mahu berfikir tentang banyak perkara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN