‘Saya datang ketika masih seorang budak dan keluar sebagai seorang lelaki dewasa’, itulah kata-kata Andres Iniesta
Iniesta tidak mampu menahan sebaknya dalam perlawanan terakhir beliau bersama-sama dengan Barcelona. Barcelona menang 1-0 ke atas Real Sociedad.
Pada minit ke-81, Iniesta dikeluarkan dan ia adalah detik signifikan mendandakan beliau menyerahkan lilitan kapten kepada Lionel Messi.
Iniesta hands Messi the armband and leaves the field to a huge standing ovation… (via @FCBarcelona) pic.twitter.com/gVlyGxOLJN
— Photos of Football (@photosofootball) May 20, 2018
Itu juga menandakan berakhirnya era beliau di Barcelona namun legasi beliau tetap akan ada di sana selamanya. Iniesta berkata:
“Hari ini adalah hari yang sukar tetapi 22 tahun yang hebat. Ianya saty kebanggaan dan sentiasa berbesar hati untuk mengenakan lencana ini di dada, bagi saya, ini adalah kelab terbaik di dunia.”
👏👏 They have lifted the league trophy and the Copa del Rey, now it's time for @andresiniesta8 #InfinitIniesta pic.twitter.com/VIaikXR3SH
— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 20, 2018
“Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya, serta setiap seorang daripada anda. Saya akan rindukan anda semua.”
“Dan terima kasih juga kepada penyokong kerana sayang anda, layanan anda sejak hari pertama saya tiba di sini ketika masih seorang budak, dan meninggalkan kelab ini sebagai lelaki dewasa.”
“Saya ada abadikan anda semua di hati saya untuk selama-lamanya.”
If a shirt from @andresiniesta8 is already a great present, when he gives it to you in his last game as a blaugrana it is a dream pic.twitter.com/YG1QnejFEU
— FC Barcelona (@FCBarcelona) May 21, 2018
“Menamatkan minggu ini membuatkan saya tak mampu bercakap. Visca Barca, visca Catalunya, dan Visca Fuentealbilla (kampung asal Iniesta).”
Selepas tamat perlawanan, Iniesta meluangkan masa beliau untuk duduk di tengah padang Nou Camp. Beliau menikmati detik itu sehingga lebih pukul 1 pagi.
Iniesta dikatakan mungkin akan menyertai kelab Liga Jepun, Vissel Kobe dan juga dikaitkan dengan kelab dari China.