Ini Yang Ronaldo Perlu Lakukan Untuk Pastikan Portugal Layak Ke Piala Dunia 2022

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo dan Portugal kini berpotensi untuk tidak terbang ke Qatar pada 2022 selepas mereka hanya menamatkan saingan kelayakan Piala Dunia ditangga kedua.

Hal ini berlaku selepas mereka tewas kepada Serbia dalam perlawanan yang diadakan di Lisbon.

Kini mereka perlu mengharungi saingan play-off yang jelas sekali bukan mudah.

Ronaldo Menangis Selepas Gagal Bawa Portugal Layak Automatik Ke Piala Dunia

Dua nyawa

Hanya ada satu ‘nyawa’ sahaja bagi 12 pasukan yang memasuki fasa play-off ini untuk mara ke Piala Dunia 2022.

Pusingan play-off ini akan menawarkan tiga tempat lagi untuk wakil Eropah ke Qatar dengan kesemua 12 pasukan akan dibahagikana kepada tiga laluan ke untuk menjadi pemenang.

Setakat ini, hanya 8 pasukan sahaja yang mengesahkan tempat mereka untuk pusingan ini:

  • Portugal
  • Scotland
  • Itali
  • Rusia
  • Sweden
  • Poland
  • Wales
  • Macedonia Utara

Terdapat dua lagi pasukan yang bakal menyertai kelompok ini iaitu Turki dan Finland tetapi mereka perlu menunggu keputusan aksi kelayakan yang bakal dimainkan pada hari Rabu.

Manakala dua lagi tempat akan diisi oleh pemenang dua pemenang kumpulan terbaik UEFA Nations League (UNL) yang gagal ke Piala Dunia 2022 sebagai juara atau naib juara kumpulan kelayakan.

Setakat artikel ini ditulis, Austria dan Republik Czech adalah calon kuat untuk menyertai play-off menerusi UNL.

Kesemua 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada tiga laluan untuk menjadi pemenang play-off dengan kesemua aksi separuh akhir dan akhir akan dilaksanakan secara perlawanan tunggal.

Dalam setiap daripada tiga laluan ini, terdapat:

  • Empat pasukan yang bakal bermain dua perlawanan separuh akhir
  • Dua pasukan yang menang akan bertemu di perlawanan akhir
  • Pemenang perlawanan akhir akan layak ke Qatar

Enam pasukan terbaik daripada 12 ini akan diberi kelebihan untuk bermain di gelanggang sendiri bagi aksi separuh akhir.

Ini menjadikan Portugal, Scotland, Itali, Rusia Sweden dan Poland kesemuannya akan beraksi di depan penyokong mereka sendiri kelak.

Mereka juga tidak akan bertemu sesama sendiri, sebaliknya akan bertemu baki enam lagi pasukan.

Dalam undian yang akan dibuat pada 26 November 2021 di Zurich, Switzerland, enam pasukan yang mengutip mata tertinggi dalam kalangan 12 pasukan akan diletakkan dalam balang 1.

Baki enam pasukan lagi diletakkan dalam balang 2 dan mereka akan diundi sebagai pasukan pelawat bagi perlawanan separuh akhir.

Kesemua aksi ini akan diadakan pada tahun hadapan iaitu 24 dan 29 Mac.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN