Jika UEFA dan FIFA meneruskan niat pemain yang terlibat dengan European Super League (ESL) tidak dibenarkan mewakili pasukan negara masing-masing, ia pasti memberikan banyak masalah kepada kebanyakkan pasukan kebangsaan di eropah.
England antaranya yang paling terjejas kerana memiliki enam daripada 15 kelab yang menyertai ESL secara tetap. Jika peraturan pergantungan pemain dikuatkuasakan lalu siapakah pemain pilihan Gareth Southagate untuk menanggotai skuad England.
Satu perkara yang pasti, tiada lagi nama-nama besar daripada Manchester City, Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Tottenham akan menganggotai skuad The Three Lions.
Berikut pula adalah kesebelasan utama skuad England jika perkara itu berlaku berdasarkan formasi 4-5-1:
Penjaga gol: Jordan Pickford (Everton)
Anda mungkin mahu berdebat dengan mengatakan Nick Pope lebih hebat, tetapi Jordan Pickford tetap akan menjadi pilihan No.1 Gareth Southgate di hadapan gawang. Ini adalah berdasarkan prestasi terkini Pickford dan Everton dan pengalaman yang dimiliki oleh Pickford bersama Southgate.
Berbanding Pope, kemungkinan untuk mana-mana pasukan dari ESL menyambar khidmat Pickford juga adalah lebih rendah. Ini bermakna lebih mudah untuk Southgate melakukan perancangan di dalam pasukan.
Bek kanan: Matty Cash (Aston Villa)
Segelintir dari penyokong England pasti mahuka Luke Ayling, tetapi prestasi cemerlang Matty Cash bersama Aston Villa tidak harus dipandang sipi. Pemain berusia 23 tahun itu kini adalah pemain ketiga dengan rekod pertahanan (attributes) terbaik di Premier League.
Dan sebelum ini, Cash turut biasa bertukar posisi beraksi sebagai bek sayap, atau pemain sayap ketika bersama Nottingham Forest. Ini menjadikan beliau pemain pilihan terbaik untuk Southgate jika mengandalkan sistem 4-5-1 yang turut boleh menjadi 5-4-1.
Bek tengah: Conor Coady (Wolves)
Conor Coady akan menjadi pilihan pertama Gareth Southagate jika beraksi dengan sistem bek bertiga dengan sistem 5-4-1. Coady adalah tunjang utama skuad Wolves kendalian Nuno Espirito Santo di bahagian pertahanan sejak beberapa musim lalu.
Merupakan seorang ball-playing centre back, Coady mampu membantu pasukan menggerakkan gerakan dari bawah. Namun demikian Coady hanya sangat efektif sekiranya England bermain di dalam sistem bek bertiga. Beraksi secara gandingan adalah pertaruhan yang terpaksa diambil oleh Southgate di peringkat ini.
Bek tengah: Tyrone Mings (Aston Villa)
Mings bukanlah bek tengah terbaik di Villa namun pemain itu sudah cukup menarik perhatian Southagate. Corak permainan keras pemain ini adalah kelebihan utamanya.
Jika Coady selesa dengan bola di kaki, maka pasangannya Mings adalah pemain yang akan memenangi setiap perebutan bola di udara.
Bek kiri: Matt Targett (Aston Villa)
Kerana ketiadaan pemain seperti Luke Shaw atau Ben Chilwell yang terikat akibat ESL, Villa sekali lagi menjadi lubuk Southgate untuk membentuk gandingan di bahagian pertahanan.
Matt Targett bukanlah pemain asing buat Southgate kerana pemain ini beraksi di bawah kendalian beliau di dalam skuad Bawah-21 England sebelum ini.
Pemain tengah bertahan: Declan Rice (West Ham)
England sentiasa berhadapan kesukaran untuk mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan yang berkualiti. Dan jika perbandingan dilakukan, tiada pemain lain paling layak untuk posisi ini selain Declan Rice.
Jika pemain di posisi lain sebelum ini ibarat pilihan kedua, Rice pula sentiasa menjadi pilihan pertama untuk posisi ini di dalam skuad England.
Pemain tengah: Kalvin Phillips (Leeds United)
Kalvin Philips telah diberikan minit perlawanan paling banyak di kalangan pemain-pemain lain di dalam skuad England ketika pusingan kelayakan Piala Dunia pada Mac lalu.
Ini bermakna Phillips adalah pemain pilihan utama Southgate berbanding Eric Dier. Maka pembabitan Dier dengan ESL tidak memberi masalah besar buat Southgate.
Pemain tengah: Jude Bellingham (Borussia Dortmund)
Penyokong England harus beterima kasih kepada Borussia Dortmund dan prinsip mereka yang enggan meneria ESL. Prestasi cemerlang Jude Bellingham di peringkat kelab bermakna pemain ini hampir pasti akan dipanggil oleh Southgate untuk Euro 2020.
Mungkin ada yang mempersoalkan usia muda pemain ini. Tetapi mengapa perlu tunggu lagi jika akhirnya England sudah tidak memiliki pilihan lain selepas ini.
Sayap kanan: Jadon Sancho (Borussia Dortmund)
Sekali lagi England perlu berterima kasih kepada Borussia Dortmund. Selepas dipaksa ke luar England untuk memastikan dirinya mendapat minit beraksi, Sancho kini dilihat sebagai aset England. Keputusan pemain muda itu beberapa tahun lalu bermakna Southgate patut bersyukur.
Sayap kiri: Jack Grealish (Aston Villa)
Beban di bahagian jentera serangan England pasti kini terarah kepada Jack Grealish. Grealish dianggap sebagai pemain paling menyerlah pada musim ini dari kalangan pasukan bukan ‘Big Six’.
Di dalam skuad England, kepentingan Grealish ibarat kehadiran Kevid de Bruyne di dalam skuad Manchester City. Namun Grealish tidak perlu berasa risau dan merasakan tekanan tersebut.
Penyerang: Dominic Calvert-Lewin (Everton)
Empat gol dari empat permulaan untuk England cukup untuk meyakinkan Southaget. Selain Calvert-Lewin, Southgate juga mempunyai banyak calon lain di posisi ini.
Antaranya ialah Ollie Watkins, Patrick Bamford, Callum Wilson dan Danny Ings. Harry Kane who?
Pemain simpanan: Pope, Ayling, Keane, Ward-Prowse, Maddison, Antonio, Watkins.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League:
European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas
Main European Super League, FIFA Akan Haramkan Pemain Sertai Piala Dunia