Ini View Yang Anda Dapat Jika Beli Season Ticket Pasukan Eropah

Kami pasti anda sedia maklum bukan mudah untuk mendapatkan season ticket (juga dikenali sebagai season pass atau pas bermusim di Malaysia) di stadium-stadium terkemuka di Eropah.

Prosedurnya bagaikan menunggu buah pinggang baru sebelum pembedahan pemindahan organ dimulakan.

Anda perlu menunggu giliran, membayar untuk menunggu dan tiada jaminan anda akan mendapatnya. Di sesetengah stadium di Eropah, anda mungkin perlu menunggu hingga hari kematian pemegang season ticket sebelum dapat membelinya.

Faedah mendapatkan season ticket juga besar. Contohnya Liverpool memberi jaminan faedah berikut kepada semua pemegang season ticket mereka:

  • Jaminan tempat duduk pada setiap perlawanan home Premier League
  • Layak menyertai cabutan bertuah setiap kali memperbaharui season ticket
  • Jaminan tiada kenaikan harga tiket
  • Keutamaan akses untuk mendapatkan tiket perlawanan home Cup
  • Mempunyai pilihan untuk mendapat kredit dengan melepaskan tempat duduk sekiranya tak dapat menghadiri perlawanan home Premier League
  • Akses percuma ke semua perlawanan pasukan simpanan, bawah-21 dan bawah-18 Liverpool di Anfield atau di padang akademi

Selain faedah di atas, pemegang season ticket juga dijamin akan mendapat tempat duduk yang mempunyai pemandangan terbaik di stadium. Berikut adalah 10 pemandangan yang akan anda dapat sekiranya anda membeli season ticket di stadium sekitar Eropah:

1. TT Arena, Turki (Galasataray)

2. St. Mary’s Stadium, England (Southampton)

3. Allianz Arena, Jerman (Bayern Munich)

4. Amsterdam Arena, Belanda (Ajax Amsterdam)

5. Juventus Stadium, Itali (Juventus)

6. De Kuip, Belanda (Feyenoord)

7. Goodison Park, England (Everton)

8. St. Jakob-Park, Switzerland (FC Basel)

9. St Andrew’s Stadium, England (Birmingham City)

10. Brann Stadion, Norway (SK Brann)

11. Camp Nou, Sepanyol (FC Barcelona)

12. Jan Breydel Stadium, Belgium (Club Brugge KV)

13. Falmer Stadium, England (Brighton & Hove Albion)

14. Molineux Stadium, England (Wolverhampton Wanderers)

15. Parc des Princes, Perancis (PSG)

16. Old Trafford, England (Manchester United)

17. Emirates Stadium, England (Arsenal)

18. Westfalonstadion, Jerman (Borussia Dortmund)

19. Estádio da Luz, Portugal (Benfica)

20. Stamford Bridge, England (Chelsea)

21. Anfield, England (Liverpool)

22. White Hart Lane, England (Tottenham Hotspur)

23. Etihad Stadium, England (Manchester City)

Baca juga artikel kami mengenai stadium di Eropah di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN