Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) jelas memandang begitu serius isu keganasan yang telah berlaku berlaku semalam di Stadium Kanjuruhan sehingga menyebabkan ada layangan nyawa berlaku.
https://twitter.com/pssi/status/1576295085855023104?s=21&t=gQSeAfRcN7H1B0o4uShLAQ
Dikhabarkan jumlah korban ketika ini sudah pun membabitkan 127 nyawa melayang selepas aksi perlawanan Liga 1 Indonesia melibatkan antara tuan rumah, Arema FC dan Persebaya Surabaya, semalam.
Menurut Mochamad Iriawan selaku Ketua Umum PSSI, pihaknya kini sudah pun membuat keputusan untuk mengambil tindakan atas insiden keganasan yang telah pun berlaku itu sambil melihat ianya sebagai suatu sangat serius.
Menurut CNN Indonesia, PSSI telah pun memberi hukuman untuk melarang Arema FC daripada tuan rumah perlawanan sehingga saingan liga tersebut berakhir pada musim ini untuk mengelakkan insiden seperti itu berlaku lagi.
“Untuk ketika ini, saingan liga juga akan dihentikan seketika selama satu minggu dan Arema FC telah dilarang untuk menjadi tuan rumah bermula perlawanan akan datang sehingga tamatnya saingan liga,” jelas Iriawan.
Hingga saat ini Iriawan masih lagi berhubung dengan pihak dalam PSSI mengenai isu tersebut untuk menangani kes berkenaan yang disifatkan sebagai sangat dahsyat.
Tambah Iriawan, pihaknya juga memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut sehingga ia selesai sepenuhnya.
PSSI Hukum Arema Larangan Jadi Tuan Rumah Hingga Akhir Musim https://t.co/XA7ufueuyX
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) October 2, 2022
Terang beliau, perkara ini jelas telah menconteng arang kepada bola sepak Indonesia setelah mereka bersusah payah menaikkan nama Indonesia dalam sukan tersebut di mata dunia.
“PSSI sangat kesal dengan insiden keganasan yang berlaku ini di Stadium Kanjuruhan. Kami turut berduka cita dengan keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dan ingin meminta maaf atas segalanya.
“Atas sifat tanggungjawab akan hal itu, pihak kami akan menubuhkan satu pasukan siasatan khas dan segera bergerak di sana untuk menyelesaikannya,” tambah Iriawan.
Insiden keganasan mula berlaku dengan melibatkan ratusan para penyokong menyerbu masuk padang perlawanan sebaik sahaja wisel penamat sah dibunyikan oleh pengadil bertugas ketika itu.
Tindakan ganas tersebut jelas mendapat perhatian serius pihak polis yang berada di stadium, dan mereka mula untuk mengawal keadaan tersebut daripada perkara lebih buruk terjadi.
Apa yang dilakukan oleh pihak polis ketika itu termasuk menembak gas pemedih mata kepada penyokong yang bertindak ganas di atas padang dan perkara tersebut jelas semakin menyebabkan ianya menjadi semakin kecoh.
Marah dengan tindakan itu, beberapa penyokong bertindak dengan semakin liar apabila kenderaan kenderaan polis turut menjadi mangsa amukan mereka pada malam itu.
https://twitter.com/72powpow/status/1576351828022767616?s=21&t=gQSeAfRcN7H1B0o4uShLAQ
Selain melibatkan nyawa, boleh dikatakan segala fasiliti yang disediakan oleh pihak stadium turut mengalami kerosakan setelah dibakar oleh sekelompok besar penyokong Arema FC.