Ini Sebab Sony Norde ‘Terpikat’ Untuk Menyertai Kedah Musim Ini

Pemain sayap lincah, Sony Norde akui Kedah Darul Aman (Kedah) sebagai salah satu pasukan yang memiliki nama besar dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi pengamatannya.

Sony menjadi pemain import kedua yang ditandatangani Sang Kenari pada musim ini untuk memperkukuhkan aspek serangan mereka yang mengalami sedikit rombakan berbanding tahun lalu.

Nama Sony bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak negara, apabila beliau telah pun mencipta sensasi tersendiri pada tahun 2020 bersama Melaka United di saingan domestik.

Selepas beberapa musim bersama Melaka United, Sony mengembangkan lagi karier beliau di Malaysia dengan menyertai Terengganu pada tahun lalu untuk turut beraksi di pentas AFC.

Bersama Sang Penyu dalam saingan AFC lalu, Sony telah pun mencipta tiga gol serta empat bantuan jaringan secara keseluruhan daripada enam perlawanan diharungi.

Produk Akademi Boca Juniors ini secara keseluruhan telah pun mewakili 10 kelab sepanjang karier beliau termasuk Kedah dengan merekodkan 202 penampilan bersama 56 gol serta 13 bantuan jaringan.

Di pentas antarabangsa, Sony telah pun mencipta 27 penampilan bersama Haiti serta turut merekodkan dua gol secara keseluruhan dalam catatan kariernya.

Bersama Kedah, nama Sony pastinya akan menjadi pertaruhan penting Nafuzi Zain untuk membentuk kombinasi serangan berbisa bersama seorang lagi pemain serangan, Sukhroub Nurullaev serta bekas penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad.

Jelas Sony, faktor Nafuzi sendiri menjadi sebab utama mengapa beliau memilih Kedah selaku pasukan baharu untuk diwakilinya pada musim ini.

“Selepas beberapa tahun saya beraksi di Liga M, akhirnya saya kini bersama pasukan Kedah dan mendapat panggilan serta sokongan daripada Nafuzi yang mahukan saya bersama pasukannya.

“Semua pemain juga pastinya mahu membuktikan kemampuan masing-masing di bawah kendalian Nafuzi dan saya juga berazam untuk menimba ilmu daripadanya,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, pemain sayap lincah itu juga mengakui Kedah sebagai salah satu pasukan yang memiliki nama besar di Malaysia serta mempunyai jangkaan tinggi daripada ramai pihak.

“Mana-mana pemain yang datang ke Kedah akan bekerja keras untuk mencipta kejayaan kerana pasukan ini mempunyai nama besar dan jangkaan semua pihak terhadap semua pemain adalah tinggi untuk mendapatkan piala,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN