Dunia bola sepak akibat tersentak dengan pengumuman penubuhan European Super League (ESL). Bagi yang kurang jelas, European Super League merupakan sebuah idea untuk mewujudkan kejohanan antara kelab-kelab elit di Eropah.
Pengwujudan ESL seolah-olah mewujudkan kasta di dalam bola sepak kerana ia hanya memberikan hak kepada mereka yang berstatus elitlis untuk bertanding, dan mengaut keuntungan berjuta-juta setiap musim.
Ini juga bermakna ia akan menutup peluang untuk pasukan-pasukan dari liga kerdil Eropah untuk menyertainya, sekaligus merencatkan ekosistem bola sepak dunia dari terus berkembang akibat implikasi-implikasi luar dan dan dalaman pertandingan.
12 kelab sudah mengesahkan penyertaan dan menandatangai perjanjian sebagai anggota tetap ESL. Mereka adalah Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham, FC Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Inter Milan, AC Milan dan Juventus.
Tiga lagi kelab dipercayai PSG, Borussia Dortmund dan Bayern Munich pula menolak penyertaan. Mengapa kelab dari Jerman dan Perancis enggan menerima idea penubuhan ESL?
PSG ada kepentingan lain
Jika Ligue 1 dilihat, maka PSG adalah satu-satunya pasukan yang selayaknya bergelar elit dan menyertai ESC. Namun mereka tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.
Di dalam kes PSG, ia sebenarnya kerana terdapat hal politik yang terlibat. Ia berkaitan secara langsung dengan pemilikan kelab itu. Hrus diketahui kelab tersebut dimiliki oleh Qatar Sports Investment (QSI) dan presidennya adalah Nasser Al-Khelaifi.
New:🚨PSG President Nasser Al-Khelaifi declines overtures from clubs to become president of ECA. Cynics argue it keeps door ajar for PSG & Super League. Yet he voted this morning for UEFA reforms & sources insist he wants broker truce between rebels & UEFA https://t.co/Iqljajqz6R
— Adam Crafton (@AdamCrafton_) April 19, 2021
Al-Khelaifi dan QSI mempunyai hubungan yang amat rapat dengan UEFA dan FIFA. BeiN Sports milik konsortium itu misalnya adalah pemegang hak penyiarn Champions League, dan Qatar sendiri adalah tuan rumah Piala Dunia 2022 yang dianugerahkan FIFA.
UEFA dan FIFA secara terbuka membantah konsep ESC dan Al-Khelaifi mahu meneruskan hubungan baik dengan presiden UEFA, Aleksander Ceferin.
Terdapat juga khabar angin menyatakan Al-Khelaifi bakal mengambil alih jawatan presiden Persatuan Kelab-Kelab Eropah (ECA) selepas Andrea Agnelli menyertai ESC selepas ini.
Dilema kelab Bundesliga
Kelab di Bundesliga khususnya seperti Bayern Munich pula berhadapan dengan situasi berbeza. Kelab-kelab Jerman selama ini sememangnya dibangunkan secara rapat dengan penyokong. Oleh kerana tu, sebarang cita-cita untuk menyertai ESC adalah minima.
Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke misalnya baru-baru ini m taendedahkan bahawa Dortmund dan Bayern telah menolak idea menyertau ESC. Sebaliknya mereka nekad untuk memastikan pertandingan sedia ada direformasi.
Tidak terkecuali ialah peraturan unik 50+1 Bundesliga yang risau sebarang tajaan akan menyebabkan kelab-kelab Jerman berisiko jatuh ke tangan asing selepas menyertai ESL.
Borussia Dortmund CEO Hans Joachim Watzke confirms that both they and Bayern Munich won't be joining the European Super League and are sticking with the planned Champions League reform. pic.twitter.com/7UVYY6dbFp
— ESPN FC (@ESPNFC) April 19, 2021
UEFA sebelum ini mahukan format baharu Champions League dilakukan mulai 2024, dan 36 pasukan akan terlibat seawal peringkat kumpulan, dimana setiap pasukan akan bermain 10 perlawanan. Ia dipanggil ‘model Swiss’.
Untuk format baharu ini, akan ada penambahan 100 perlawanan, dan pasukan yang layak sehingga ke perlawanan akhir akan bermain sehingga 17 perlawanan, empat perlawanan lebih daripada format yang ada sekarang.
Ini bermakna Champions League akan menjadi arena yang memberikan lebih banyak peluang kepada kelab-kelab kecil dari seluruh eropah.
Risiko oleh PSG dan Bayern Munich
PSG dan Bayern Munich juga sedar tindakan menjauhkan diri dari Super League sebenarnya mengakibatkan mereka terlepas peluang kehilangan keuntungan berjuta-juta pound seperti yang dikejar oleh kelab-kelab utama yang lain.
Ini menyebabkan mereka sukar untuk menandatangani nama-nama besar pada masa akan datang.
Kontrak dua pemain bintang iaitu Neymar dan Kylian Mbappe akan tamat pada 2022, dan ia pasti sukar untuk meyakinkan dua pemain itu untuk kekal di Parc des Princess selepas tempoh tersebut.
Penutup
Media Perancis, L’Equipe mengisahkan dilema dihadapi Perancis dan Jerman dan banya lagi negara-negara eropah mengenai isu ESL ini di muka hadapan sejak hujung minggu lalu. “Perang Golongan Berada” adalah antara tajuk akhbar yang terpampang di dada akhar.
Buat masa ini semuanya masih kabut. Sejauh manakah ESC akan menjejaskan ekosistem bola sepak eropah dan dunia? Satu perkara yang pasti ESC adalah impak bola sepak sebagai sebuah industri yang tidak terkawal.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League:
Main European Super League, FIFA Akan Haramkan Pemain Sertai Piala Dunia
Wenger Tidak Tolak Cadangan European Super League Akan Direalisasikan Pada Masa Hadapan